Gambar ihsan: Yahoo News
Assalamualaikum.....
Saintis telah menemui cacing seperti pokok dan telah menamakannya sempena nama watak dalam filem Star Wars, Yoda. Cacing berwarna ungu kemerahan ditemui 2.5 km di bawah permukaan Luatan Atlantik ini mempunyai bibir besar di kedua belah bahagian kepalanya yang kelihatan seperti telinga Yoda dan menjadi sebab ia dinamakan sempena nama watak berkenaan. Nama saintifiknya Yoda purpurata, atau "purple Yoda." (Yoda ungu).
Pengkaji menemui cacing ini ketika program kajian ECOMAR yang menggunakan sejenis peralatan boleh tenggelam untuk mencari hidupan baru di dasar lautan di Rabung Pertengahan Atlantik yang terletak di antara Iceland dan Azores.
Sewaktu ekspedisi, para pengkaji dari University of Aberdeen di Scotland, turut menemui dua lagi spesis baru cacing jenis pokok ini. Maklumat mengenai haiwan ini telah disiarkan dalam jurnal Invertebrate Biology edisi September.
Cacing pokok air cetek hidup di kawasan lubang dan jarang dilihat, tetapi dapat dijejaki dengan kesan 'tinggalan' yang kelihatan seperti bulatan sedangkan hidupan laut dalam tinggal di dasar laut. Jejak ini adalah dalam bentuk fosil namun sehingga kini tiada siapa pun yang jelas bagaimana ia terhasil. Saintis berminat dengan hidupan dasar laut adalah kerana ia hampir dengan evolusi vertebrata dan invertebrata.
Yoda purpurata bukan satu-satunya spesis yang diberi nama berdasarkan watak terkenal. Contoh lain, sejenis lalat kuda dinamakan Beyoncé,
sejenis pepijat berhampiran Zanzibar di kepulauan
Tanzania di Afrika Utara dinamakan sempena Freddie Mercury (nama pemuzik dan penyanyi terkenal Zanzibar) dan sejenis kumbang dinamakan sempena nama George Bush, Dick Cheney dan Donald Rumsfeld.
KLIK SINI untuk artikel penuh.
No comments:
Post a Comment