MY FOLLOWERS

Wednesday, October 10, 2012

Kesihatan - Kaitan Antara Kopi Dengan Kehilangan Penglihatan

Kredit kepada: Yahoo Health
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum....


Satu kajian terbaru dari Harvard telah menemui kekerapan yang tinggi untuk berlakunya masalah penglihatan terhadap lelaki dan wanita yang meminum tiga atau lebih cawan kopi setiap hari. Kajian berkenaan yang diterbitkan dalam Investigative Ophthalmology and Visual Science, menyatakan hubungkait antara pengmbilan kopi berkafein dalam jumlah yang tinggi dengan kemungkinan peningkatan berlakunya glaukoma pengelupasan (exfoliation glaucoma), sejenis gangguan mata yang menjejaskan 10% orang dewasa dalam lingkungan umur lebih 50 tahun dan boleh membawa kepada kehilangan penglihatan atau menjadi buta.

Jelasnya, para pengkaji melaporkan golongan dewasa yang meminum tiga atau lebih cawan kopi setiap hari berisiko 34% lebih berkemungkinan menghidap glaukoma jenis ini berbanding mereka-mereka yang tidak mengambilnya. Wanita dengan sejarah keluarga menghidap glaukoma mempunyai risiko paling tinggi dengan ancaman peningkatan sehingga 66% dengan kuantiti berkenaan. 



Exfoliation glaucoma, kadangkala dikenali sebagai sindrom pengelupasan, muncul bila terdapat serpihan halus seperti kelemumur pada kanta mata. Serpihan atau empingan ini hilang apabila kanta bergerak, yang akan menyebabkan tisu mampung yang kebiasaannya bertindak sebagai saliran air mata tersumbat. Hasilnya adalah peningkatan tekanan yang adakalanya tinggi dalam mata. Puncanya masih tidak diketahui, tetapi faktor genetik antara yang memainkan peranan.


KLIK SINI untuk artikel penuh.

No comments: