MY FOLLOWERS

Monday, October 15, 2012

Sekadar Luahan - Word Verification Buatkan Blogger Macam Terencat!

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: -


Assalamualaikum.......


Setiap entri di blog disediakan dengan satu ruangan untuk sampaikan komen. Ruangan ini memang sudah sedia ada dalam platform yang digunakan itu. Setiap blog ada tetapan atau setting sendiri bergantung kepada macam mana cara tuan empunya blog itu uruskan. 

Seperkara yang penulis tidak puas hati sejak platform ini dinaik taraf ialah ruangan komen semacam berubah pula tetapannya! Mahunya tidak, di kebanyakan blog yang kita lawati, setiap kali mahu tuliskan komen ada sahaja kotak Word Verification yang keluar! Kununnya untuk pastikan yang mengomen di blog berkenaan adalah manusia, bukannya robot.

Bengong betul...

Bengong!

Kadangkala terfikir juga, sistem Word Verification ini buatkan setiap blogger itu seperti orang terencat.. Masakan tidaknya, yang menulis blog ini semestinya di kalangan yang boleh membaca, boleh melihat dan sememangnya sudah boleh menulis!

Jika komen ditulis dan keluar kotak kuning selepas tekan butang Publish, itu lebih bagus. Sila jangan buang masa blogger lain untuk melayan kerenah Word Verification yang entah apa-apa dan menyusahkan.......

Kalau selepas ini ada di antara blogger mendapati ruangan komen di blognya seperti 'ditukar' tetapannya, silalah periksa semula tetapannya di bahagian pengurusan atau admin blog anda. Kemudian, sila tiadakan atau katakan NO pada Word Verification daripada tetapan ruangan komen anda.

1 comment:

Jahirah said...

WV kat komen dah makin panjang sekarang ni....