Gambar ihsan: Blog Tao Tau Ajer
Assalamualaikum....
Bagi sesiapa yang berkemampuan, maka tunaikanlah rukun Islam yang kelima ini.
Menaiki kapal laut atau kapal terbang untuk menunaikan haji sudah biasa kita dengar. Bagaimana dengan berjalan kaki untuk sampai ke sana? Berapa lama diperlukan untuk sampai ke sana? Itulah yang dilakukan oleh seorang lelaki warga Bosnia ini. Lelaki ini berjalan sekitar 20 batu setiap hari dan turut menyifatkan perjalanan ini mempunyai berjuta-juta masalah.
Senad Hadzic yang berusia 47 tahun berangkat memulakan perjalanan panjangnya bermula pada bulan Disember 2011 lagi bagi mencapai cita-citanya untuk melakukan ibadah berkenaan pada bulan Oktober ini. Beliau mengatakan ia harus melakukan perjalanannya dengan berjalan kaki
kerana Allah membantunya dalam mimpi melihat perjalanan ini sebagai
manfaat untuk dirinya sendiri dan semua orang yang ditemuinya.
KLIK SINI untuk membaca kisahnya.
No comments:
Post a Comment