MY FOLLOWERS

Monday, October 22, 2012

Berita - Pencari Harta Karun Temui Syiling Emas Era Roman

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum................




Seorang warga Britain yang menjadi pencari harta karun kali pertama dilaporkan telah menemui sejumlah wang syiling emas era Roman berbekalkan pengesan besi, dipercayai oleh pakar sebagai salah satu penemuan terbesar dalam sejarah England. 


Wang emas era Roman abad ke-4 ini dianggarkan bernilai lebih £100,000, atau $160,000 dalam nilai U.S. dollar.


Berdasarkan kenyataan lelaki berkenaan dalam akhbar Helmel Gazette, lelaki berkenaan yang tidak didedahkan namanya dilaporkan membeli sebuah pengesan besi asas dari sebuah kedai di Berkhamsted, Hertfordshire. Beberapa minggu kemudian, dia kembali semula ke kedai itu dan bertanya kepada pemilik kedai berkenaan sambil menunjukkan 40 keping wang emas yang ditemuinya, "Apa saya boleh buat dengan semua ini?"

Pemilik kedai itu, David Sewell dan Mark Becher, agak terkejut dengan apa yang ditemui. Mereka memberitahu lelaki itu supaya memaklumkannya kepada pihak berkuasa. Sesudah mendapatkan permit, pemilik kedai dan lain-lain mengikut lelaki itu ke tempat wang itu ditemui. 


"Kami bersama yang lain dan membawa bersama mesin yang lebih baik dan menemui 119 keping lagi di tapak itu," kata Sewell kepada akhbar Daily Mail. "Ini adalah emas 22 karat, tidak rosak dan seperti masih baru dibuat." 


"Saya tidak pernah menemui apa-apa seperti ini sebelum ini. Saya berpuas hati bila lelaki ini datang membeli mesin itu di kedai kami, tapi saya juga berharap kalau sayalah yang menemui wang itu." 


Tarikh terdekat bagi emas ini ialah sekitar abad ke-4. Secara tipikal, ia ditanam sebagai korban kepada dewa apabila si pemiliknya melakukan perjalanan atau dalam tempoh peperangan, kata David Thorold, kurator di Muzium St. Albans' Verulamium, menurut Associated Press.


Pihak berkuasa tempatan berkata wang berkenaan dijumpai di tanah persendirian. Pakar di Muzium British akan memeriksa bagi menentukan nilai keseluruhannya. Bergantung pada pendapat, pencari harta karun amatur sekurang-kurangnya boleh mendapat bahagian daripada hasil penemuannya. 



KLIK SINI untuk artikel penuh.


No comments: