MY FOLLOWERS

Sunday, October 21, 2012

Seni & Kreativiti - Produk Ukiran Kayu dan Kraftangan

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum......


Seni ukiran kayu warisan zaman berzaman. Masih ramai lagi pengusaha yang menghasilkannya. Sebahagiannya dihasilkan bukan untuk perhiasan malah untuk kegunaan dalam kehidupan seharian. Antara yang dihasilkan ialah rehal al-Quran, bingkai hiasan dengan motif awan larat dan kalimah Allah dan Muhammad, rak hiasan, bingkai cermin, sarung dan hulu keris, perabot serta rantai kunci (key chain).
 
Penulis berpeluang melihat kepelbagaian produk yang dihasilkan sewaktu ke Ekspo SDSI yang diadakan di TTC Kuala Terengganu pada 4-6.10.2012 yang lalu. Sewaktu ke booth yang mempromosikan keris, penulis difahamkan oleh pengusahanya, mereka juga ada menerima tempahan sehingga ke Kuala Lumpur dan ada sesetengah tempahan ukirannya mencecah ribuan ringgit. Ukiran motif burung serindit antara yang paling mahal. Mungkin kerana ketelitian ukiran yang menjadikannya semahal itu. 


















Ekspo SDSI Peringkat Zom Timur berlangsung pada 4-6.10.2012 di TTC Kuala Terengganu dari jam 10 pagi hingga 10 malam. 

No comments: