MY FOLLOWERS

Saturday, October 6, 2012

Hidupan Liar - Virus Nyamuk Daripada Ular Berbisa

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum......



Saintis hairan melihat bagaimana virus sebaran nyamuk yang menyebabkan penyakit maut Eastern equine encephalitis (EEE) boleh terus hidup di bahagian timur Amerika Utara sedangkan ia menjadi punca kepada dua kematian di Vermont bulan ini. Saintis mencari puncanya - ular. 

Kajian terdahulu membabitkan reptilia ini dan daripada maklumat terbaru, mendapati bukan sahaja terdapat antibodi yang menentang virus ini dalam badan reptilia berkenaaan, bahkan juga unsur genetik daripada virus tersebut dalam dua spesis ular berbisa yang hidup di Alabama. 

"Kertas kajian ini adalah yang terakhir yang menunjukkan ular terlibat dalam seluruh proses," kata Thomas Unnasch, seorang professor dan ketua di jabatan kesihatan awam di University of Southern Florida. 

Ular menjadi salah satu rakan seangkatan kepada burung pada musim sejuk yang membiakkan virus untuk sepanjang musim panas seterusnya. Nyamuk juga jarang menyebarkan virus ini kepada manusia tetapi jika berlaku, ia berpotensi membawa maut. Enam kes akibat penyakit daripada virus ini dilaporkan di Amerika Syarikat setiap tahun. EEE menyebabkan inflamasi pada otak mangsa dan mampu membunuhnya atau menyebabkan kerosakan teruk pada otak, menurut pihak U.S. Centers for Disease Control and Prevention. Penyakit ini turut menjangkiti haiwan lain terutamanya kuda.



KLIK SINI untuk artikel penuh.

No comments: