MY FOLLOWERS

Saturday, October 20, 2012

Berita - Planet Seakan Bumi Mungkin Daripada Berlian

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum........



Batu permata yang terkenal di dunia kini mempunyai saingannya dalam bentuk sebuah planet, kata angkasawan.

Planet yang dinamakan 55 Cancri e telah ditemui pada 2004 sekitar bintang berdekatan dalam galaksi Milky Way. Seelpas menganggarkan jisim, jejari planet, mengkaji komposisi planet tersebut, saintis kini berkata ia dipenuhi unsur karbon, besi, silikon karbida, dan juga silikat. Setidak-tidaknya sepertiga jisim planet tersebut kelihatan seperti berlian tulen.

"Ini adalah tinjauan kali pertama planet itu dengan unsur yang berbeza daripada Bumi," kata Nikku Madhusudhan dari Yale University selaku ketua pengkaji dalam kenyataannya. "Permukaan planet ini kebanyakannya diliputi grafit dan berlian berbanding grafit dan air." 

55 Cancri e ialah planet berlian dikesan berada sekitar bintang terang walaupun sebelum ini ia hanyalah teori. Planet ini mempunyai jejari dua kali lebih besar daripada Bumi dan jisim 8 kali lebih besar. Ia mengorbit pada bintang hosnya dalam masa hanya 18 jam untuk 1 pusingan. Ia begitu dekat dengan bintangnya dengan suhu permukaannya setinggi 3,900 darjah Fahrenheit (2,100 darjah Celsius), menjadikannya terlalu panas untuk didiami sebarang hidupan.


KLIK SINI untuk artikel penuh.

No comments: