MY FOLLOWERS

Thursday, September 26, 2013

Sekadar Luahan - Perangai Suka Letak Barang Merata-rata! Menyampahh!!

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum..... 

Ahh! Serabut!



Sekejap jumpa, kemudian lupa, kemudian hilang! Ini satu perangai yang sangatlah menyusahkan diri sendiri dan orang lain! Geram tak usah dikata, sudah berpuluh kali diberitahu pun hasilnya masih sama. Macam bercakap dengan orang yang tersumbat telinganya! Sekali nak, sekali tanya. Tidakkah terasa jenuh?! Bosan lagi ada! Barang tu ada kat mana?, ada nampak tak benda tu?, ada ambik tak benda tu? dan macam-macam lagilah yang ditanya sampai sudah naik muak dengan perangai ini. 

Kalau ikutkan hati, asal nampak sahaja barang dipegang dicampak sahaja ikut suka setiap kali balik dari mana-mana, mahu sahaja dicampak dalam tong sampah! Kalau ditanya, bolehlah dengan senang hatinya kata entaahhh, tak tahulah.. Pandai-pandailah sendiri tanggung akibat perangai sendiri. Ada pula telefon bimbit yang sampai sekarang masih tidak ketemu sedangkan ia ada dalam rumah. Sebabnya, letak merata-rata, dan lagi teruk ia ada dalam mod senyap. Tak ke haru??!

Oleh sebab tidak tahan sangat dengan perangai segolongan manusia ini, ada sekali penulis jadi sungguhlah emosional! Sudahlah balik petang dengan penat dan tekanannnya, dibuat hal pula bila alat kawalan tv letak entah ke mana! Geram betul! Habis macam-macamlah bebelan yang keluar dengan rasa tidak puas hatinya! Pot-pet-pot-pet macam mak nenek. Puas dicari dan akhirnya jumpa juga, tetapi disebabkan rasa bengang belum hilang maka alat kawalan tv turut jadi mangsa bila ia ditambat pada meja tv, macam kambing kena ikat pada tiang tepi kandang! 

Tidak bolehkah amalkan letak barang setempat sahaja? Bila-bila masa mahu ambil tidak perlu tanya orang barang itu ini ada di mana dan boleh terus ambil. Bongok betul!

No comments: