MY FOLLOWERS

Thursday, September 5, 2013

Artikel - Jambiya

Kredit kepada: Family, Wikipedia
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum.....

Tahukah anda mengenai senjata kecil ini? Dikenali sebagai jambiya dan berasal dari Yaman. .....


Janbiya, juga dieja janbia, jambiya, atau jambia (Arabic: جنبية‎ janbīyah), ialah istilah untuk pisau dagger berasal dari Yaman dengan mata pisau pendek yang diselit pada tali pinggang. 
 






Seperti juga kebanyakan senjata lain, ia juga datang dengan banyak jenama, berkaitan dengan jenis bahan yang digunakan untuk membuatnya, termasuk mengambil kira kualiti dan aspek rekaannya. Biasanya, kedua-dua belah sisinya direka tajam dan dibuat daripada besi. Sarungnya daripada kayu biasanya dihias indah yang melambangkan status si pengguna. Antara bahan yang digunakan termasuk perak, batu permata juga kulit. 

Meskipun ia begitu signifikan, jambiya masih dikelaskan sebagai senjata dan hanya benar-benar digunakan ketika berlaku konflik. Undang-undang Islam dan norma masyarakat perlu diikut bagi mengelakkan fitnah. Selain itu, jambiya juga digunakan dalam tarian tradisional.

Seperti juga senjata melengkung lain, bilah pisaunya yang berat membantu penggunanya membenamkannya dalam tubuh lawan ketika pertikaian yang menyebabkan kecederaan dalaman selain memotong pada tulang, otot, tusukan ke jantung, peparu dan limpa. Ini menjadikannya antara senjata ditakuti.


KLIK SINI untuk selanjutnya.

No comments: