MY FOLLOWERS

Sunday, September 1, 2013

Seni & Kreativiti - Membina Model Pondok Rehat

Kredit kepada: geng kolej
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum.....



Antara bahan dan peralatan yang diperlukan ialah
pisau pemotong (cutter)
pembaris besi
pembaris skala (bentuk segitiga)
alat tulis
kloroform (digunakan sebagai gam)
papan kertas (tebal ~2mm)
gam biasa atau UHU
papan kertas berlekuk (atap)


Rajah 1

Potong papan kertas untuk buat bahagian-bahagian seperti lantai gazebo, apron, tiang, railing, alang siling (beam) dan atap. Setiap bahagian, skala dan ukurannya adalah berdasarkan kepada lukisan yang diberikan. Lihat rajah 1.



Rajah 2

Pada bahagian lantai, tandakan kedudukan lubang untuk masukkan tiang dan railing. Tandakan juga pada bahagian apron kedudukan tiang. Ini untuk memastikan kedudukan tiang adalah tegak apabila tiang dipasang nanti. Lihat rajah 2. 



Rajah 3

Potong papan untuk buat bahagian tiang dan railing.

Rajah 3a

Untuk bahagian tiang, tinggi dan lebarnya ada dinyatakan dalam lukisan. Lukis pada papan dan potong mengikut ukuran yang diberikan kemudian lekatkan bahagian-bahagiannya untuk membentuk tiang. Lihat rajah 3a. Lekatkan setiap bahagian menggunakan kloroform yang telah disediakan. 




Rajah 3b



Rajah 4


Tebuk lubang tiang pada bahagian lantai dan masukkan tiang pada lubang-lubang berkenaan. Lihat rajah 3b. Lekatkan bahagian tepi lantai seperti dalam rajah 4 (anak panah) bagi seluruh lantai. Letakkan apron di bawah tiang-tiang yang telah siap (jangan lekatkan dahulu) untuk pastikan kedudukannya tepat. 




Rajah 5

Siapkan bahagian tepi tiang seperti dalam rajah 4 dan 5. Lekatkan bahagian sisi menggunakan kloroform.



Rajah 6


Lekatkan bahagian apron dan alang siling (beam) seperti dalam rajah 6. Ukuran beam adalah seperti dalam lukisan yang disediakan.


Rajah 7


Buatkan tangga untuk bahagian depan gazebo. Kecondongan bahagian tepi tangga adalah 45 darjah. Lihat rajah 7. Ambil ukuran ketinggian dari lantai ke apron sebagai ketinggian dan panjang tangga. Bilangan dan jarak bagi setiap anak tangga adalah berdasarkan tinggi tangga. Contoh: jika jarak dari lantai ke apron adalah 900mm, dan jarak anak tangga adalah 300mm, maka perlu buat 3 anak tangga. Lebar tangga pula seperti dinyatakan dalam lukisan. Lekatkan tangga pada bahagian depan gazebo iaitu pada muka papan sisi lantai. 



Rajah 8



Rajah 9





Rajah 10


Masa untuk buat railing gazebo. Railing ini akan dilekatkan antara bahagian tiang pada lantai gazebo. Corak pada railing adalah terpulang kepada kreativiti pembuat. Boleh rujuk pada buku atau majalah untuk dapatkan idea atau ilhamnya. Kemudian lukiskan corak yang dikehendaki pada permukaan papan railing yang telah dibuat. Lihat rajah 8. Perlu ada 3 keping kesemuanya iaitu bagi bahagian sisi kiri, kanan dan belakang gazebo. Kemudian potong corak berkenaan seperti dalam rajah 9. Siapkan potongan bagi semua kepingan dan lekatkan pada bahagian ruang antara tiang seperti dalam rajah 10. 






Rajah 11


Bagi bahagian atap, mula-mula perlu buat 2 bahagian iaitu sokongan beam berbentuk 4 segi dan 'tulang ikan' bagi atap dengan sudut atap 30 darjah. Panjang 'tulang ikan' diambil secara pepenjuru dari bucu atas kiri ke bawah kanan termasuk ukuran pepenjuru offset atap dan dibuat dua bahagian yang kemudian disambung secara bersilang. Lekatkan bahagian sokongan beam dan tulang ikan ini seperti dalam rajah 11.






Rajah 12

Letakkannya pada atas beam seperti dalam rajah 12.





Rajah 13


Kemudian lekatkan papan sebagai fascia board pada seluruh bahagian tepi atap (lihat panah merah pada rajah 13) dan bahagian alang/kerangka atap (panah biru). 





Rajah 14

Lekatkan kepingan atap pada kerangka atap berbentuk segi tiga mengikut ukuran bahagian atap. Kemudian di atasnya, lekatkan papan berlekuk di atasnya menggunakan gam biasa, seperti dalam rajah 14. Saiznya adalah sama dengan kepingan atap. Pastikan jalurnya sentiasa menegak bagi setiap bahagian kepingan, kerana mengambil kira arah aliran air hujan turun.  Lekatkan kertas berwarna coklat yang sesuai bagi menutup bahagian cantuman antara atap (lihat anak panah).




No comments: