MY FOLLOWERS

Monday, September 30, 2013

Berita - Kucing Bakal Ke Bulan

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....

Berdasarkan satu kenyataan media, Iran memutuskan bahawa kucing Parsi merupakan calon terbaik mereka bagi haiwan yang bakal dihantar ke angkasa lepas yang diharap bakal dilaksanakan menjelang 2020. 

Ia bakal mengikuti jejak langkah haiwan sebelumnya iaitu anjing dan monyet yang pernah mengikuti program angkasa lepas Amerika Syarikat dan Soviet pada 1960-an dahulu.  Pegawai angkasanya, Mohammad Ebrahim memberitahu agensi berita IRNA misi ini boleh dilaksanakan pada Mac tahun depan namun tarikh pelancaran sebelumnya dibatalkan tanpa sebarang penjelasan. Pengumumannya mencetuskan kemarahan pertubuhan yang membela nasib haiwan, People for the Ethical Treatment of Animals (PETA).


Angkasawan: Lepas dah setel dengan anjing dan monyet, lepas ni giliran kau pulak..
Meow: Proceed...

Program angkasa Iran menarik perhatian Barat yang mengesyaki ia berselindung di sebalik cubaan untuk menguasai teknologi yang diperlukan untuk membawa kepala peledak nuklear, namun pihak Iran menyangkalnya. 


KLIK SINI untuk artikel penuh.





No comments: