Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Selalunya kalau melepak di warung-warung, biasa juga memesan minuman dengan cincau. Itu cuma sekadar mahu beralih selera atau suka-suka tanpa tahu satu apa pun tentang khasiatnya. Namun setelah terbaca satu testimoni yang diletakkan di laman FB sebelum ini, rasa tertarik juga untuk ketahui apakah khasiatnya dan yang paling penting dari mana sumber cincau ini...
Cincau adalah gel seperti agar-agar yang diperoleh dari
perendaman daun (atau organ lain) tumbuhan tertentu dalam air. Gel
terbentuk kerana daun tumbuhan tersebut mengandung karbohidrat yang
mampu mengikat molekul-molekul air. Kata “cincau” sendiri berasal daripada
dialek Hokkian iaitu sienchau yang lazim dilafalkan di kalangan
Tionghoa. Cincau sendiri di bahasa asalnya sebenarnya adalah nama
tumbuhan (Mesone. spp.) yang menjadi bahan pembuatan gel ini. Cincau
paling banyak digunakan sebagai komponen utama minuman penyegar. Kalau di Malaysia, biasa diletakkan dalam ABC, sirap cincau, laici cincau, dsb. Anda boleh dapati sendiri di mana-mana. Dilaporkan juga cincau
memiliki kesan penyejuk serta penyeluruh.
KLIK SINI untuk ke sumber asal.
Sumber cincau ini datangnya daripada tumbuhan seperti
- Tumbuhan dari kelompok Mesona, terutama M. procumbens, M. chinensis yang banyak dihasilkan di Tiongkok di bahagian selatan serta Indocina, atau M. palustris yang banyak digunakan di Indonesia, bagi menghasilkan cincau hitam.
- Cylea barbata Myers atau cincau hijau, menghasilkan cincau berwarna hijau dan agak lebih padat konsistensinya.
- Melasthoma polyanthum atau cincau perdu.
Daun cincau hijau mengandungi sejenis zat dikenali sebagai senyawa dimetil kurin-1 dimetoidida. Zat
ini bermanfaat untuk mengendurkan otot. Senyawa lain seperti
isokandrodendrin dipercayai mampu mencegah sel tumor ganas. Cincau juga
mengandungi alkaloid bisbenzilsokuinolin dan S,S-tetandrin yang
mampu mencegah kanser ginjal, antiradang, dan menurunkan paras
tekanan darah tinggi.
Jurusan Teknologi Pangan dan Gizi IPB menyatakan cincau mengandungi antioksidan dan mampu mematikan sel kanser. Hasil penelitian mendapati pemberian ekstrak daun cincau, khususnya cincau hijau pada tikus makmal membuktikan ia dapat membunuh sel-sel kanser.
Potensi cincau juga diuji dengan cara dipaparkan pada empat jenis sel kanser, iaitu sel kanser darah (leukemia), kanser pangkal rahim, peparu, dan payudara. Ekstrak daun cincau ternyata mampu secara mengagumkan membunuh sel kanser darah (leukemia) sebanyak 55-90%. Sementara kemampuan cincau membunuh sel kanser lain sehingga 60%. Hal ini menunjukkan cincau hijau mengandungi komponen bioaktif pembunuh sel kanser.
Ia juga dikatakan mempunyai banyak khasiat, antaranya sebagai penawar bagi merawat penyakit seperti demam, panas dalam, diarhea, sakit perut, penyakit Vertigo,
gangguan pencernaan, membersihkan organ daripada zat karsinogen, radang, hipertensi, menurunkan paras darah tinggi, selain turut berperanan merawat kanser, sakit jantung dan strok.
KLIK SINI untuk ke sumber asal.
1 comment:
terima kasih singgah ke blog akak.
terima kasih sbb link ke blog akak walopon akak pon copy paste gak huhu.
Salam perkenalan
Post a Comment