Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum......
Carley Watts
Seorang model British juga seorang ibu memilih untuk menukar haluan hidupnya daripada berposing dengan pakaina dalam kepada seorang muslimah selepas bertemu dengan seorang warga Tunisia pada April lalu.
"Bertemu dengan Mohamed membuatkan saya melihat semula kehidupan," kata Carley Watts, seorang bekas model pakaian yang sanggup sarungkan apa sahaja untuk majalah seperti Elite Online Magazine, katanya kepada the Sun mengenai teman barunya, Mohammad Salah.
Keduanya bertemu sewaktu dia bercuti di Tunisia. Pada waktu itu ramai lelaki yang menguratnya kecuali Salah.
"Saya melihatnya sebagai cabaran baru," katanya the Sun.
Pada Oktober nanti, dia bersama anaknya, Alanah, yang berusia 2 tahun akan berpindah dari Norfolk ke Monastir, di Tunisia, dan dia akan memeluk Islam dan mengahwini Salah pada musim bunga nanti.
Bakal mertuanya tidak akan dimaklumkan mengenai kariernya. Dia kini berpakaian menutup aurat dan turut berpuasa pada bulan Ramadhan lalu.
KLIK SINI untuk artikel penuh.
Sentiasa rasa bersyukur bila ada yang masuk Islam (mualaf), terima agama ini dan ikut apa yang diajar dalam agama ini. Pun begitu, sekali-sekali bila difikirkan, terkilan juga rasanya, kenapa yang bukan muslim boleh pilih untuk masuk Islam dan boleh tutup aurat dengan lebih baik sedangkan yang sudah sedia muslim ada yang pilih untuk jadi model dengan tidak menutup aurat? Lagi teruk bila baju pun macam secebis kain sahaja?! Inikah Islamku?
No comments:
Post a Comment