MY FOLLOWERS

Sunday, September 1, 2013

Berita - Budak Tertelan Dart Sumpit

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum....



Seorang budak lelaki berumur 15 tahun dari Ohio dikejarkan ke unit kecemasan selepas dia tertelan sebatang dart daripada sumpit. Dart berkenaan termasuk ke saluran udara selepas dia menarik nafas dalam ketika menghalakan sumpit itu ke mulutnya. Sumpit direka untuk menembak dart ke luar dengan cara menghembusnya dengan kuat. 

Apabila dia tiba di unit kecemasan, dia telah terbatuk-batuk selama 3 jam. Walaupun dia berkata hanya bermain bersama adik-beradiknya tanpa memberitahu mengenai sumpit itu, pancaran x-ray pada saluran udaranya menunjukkan dart tersebut tersangkut di dalamnya. Selepas ditanya, barulah dia mengakuinya. 

Kes ini menegaskan lagi akan bahaya sumpit kepada remaja, terutamanya jika arahan penggunaannya diperolehi daripada internet seperti yang didapatinya. Kebanyakan laman web yang menyediakan arahan berkaitan bagaimana membuat sumpit tidak begitu menekankan amaran akan risiko yang bakal dihadapi. 


KLIK SINI untuk selanjutnya.

No comments: