Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News
Assalamualaikum.....
Saintis Australia mendapati bunyi laungan serigala apabila terpisah daripada kumpulannya sebagai luahan perasaan memanggil pasangan. Pengkaji di Pusat Sains Serigala dan University of Veterinary
Medicine, Vienna, membuat pemerhatian bagi menentukan sama ada ia disebabkan tekanan akibat terpisah daripada kumpulan yang penting, tahap sosial atau tarikan kepada pasangan.
"Hasil kajian mencadangkan hubungan sosial menjelaskan lebih banyak variasi dalam sifat laungannya daripada keadaan emosi." kata Friederike Range, ketua penulis kajian yang diterbitkan dalam jurnal Current Biology.
Serigala akan melaung apabila ia ada hubungan istimewa dengan ahli kumpulannya. Dalam tahun-tahun sebelumnya, saintis telah merekodkan banyak kes berkaitan emosi haiwan seperti empati, kasih sayang, murah hati.
KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.
No comments:
Post a Comment