MY FOLLOWERS

Saturday, September 21, 2013

Berita - Lagi Kes Mati Hidup Semula...?

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 


Assalamualaikum.....


Sebelum ini, sudah ada kes pesakit yang diisytiharkan mati telah hidup semula selepas diberikan bantuan CPR dan dengan usaha gigih para doktor yang terlibat. Anda boleh BACA DI SINI.


Kali ini pula seorang lelaki dari Ohio berumur 45 tahun mati selepas degup jantungnya berhenti selama 45 minit. ABC News melaporkan isteri Tony Yahle mengatakan dia bangun pada pagi 5 Ogos lalu dan mendapati pernafasan Tony tidak menentu. Dia kemudian menelefon ambulans dan suaminya segera dikejarkan ke hospital. 

Pada tengahari hari tersebut, jantung Tony berhenti berdegup, dan selama 45 minit itu doktor terus berusaha memberikan bantuan ketika paparan kardiak menunjukkan hanya garis datar. Doktor mengisytiharkan dia mati tetapi anaknya kemudian datang dan merayu kepadanya supaya jangan mati. Doktor kemudian mendapati jantungnya kembali berdenyut sekali atau dua setiap minit.



KLIK SINI untuk artikel penuh.

No comments: