MY FOLLOWERS

Friday, July 22, 2011

Artikel - Siapa Hana Tajima?

Gambar ihsan: blog Hana Tajima-Simpson


Assalamualaikum...

Semenjak melibatkan diri di dunia blog dan setiap kali melayari blog yang ditulis oleh perempuan, setiap kali itulah saya terbaca nama Hana Tajima. Banyak blog perempuan menyebut nama ini terutama apabila dikaitkan dengan fesyen busana muslimah. Gambar-gambar yang disertakan membuktikan fesyen rekaannya begitu menjadi ikutan gadis-gadis bertudung masakini. Nama ini juga sering menjadi sebutan di kalangan penulis blog Muslim. Dia juga sering muncul di media BBC UK dan Brazil.


Siapa sebenarnya Hana Tajima?

Secara ringkas, nama sebenarnya ialah Hana Tajima-Simpson, berusia 23 tahun (pada 2011). Berasal dari sebuah keluarga Kristian yang tidak terlalu mementingkan agama dalam kehidupannya. Bapanya berasal dari Jepun dan ibunya wanita keturunan Inggeris. Mula memeluk Islam seawal usianya 17 tahun dan minatnya terhadap Islam bermula sewaktu di sekolah tinggi dan berkawan dengan beberapa pelajar Muslim.

Daripada sahabat Muslim itulah Hana secara perlahan-lahan tertarik dengan falsafah Islam seterusnya mempelajarinya terus daripada sumbernya iaitu al-Quran. Baginya, al-Quran tetap sama dari sebelumnya yang menunjukkan ia boleh menjadi titik rujukan bagi semua perkara. Segala kebenaran yang dibawa oleh Islam membuatkannya tidak boleh berkata tidak seterusnya mengambil keputusan untuk memeluk Islam.

Hana mula mengenakan hijab pada hari yang sama dia mengucapkan dua kalimah syahadah dan ia berlaku tanpa sebarang paksaan. Baginya, ia adalah cara yang terbaik yang membezakan kehidupannya di masa lalu dan akan datang. 

Anda juga boleh membaca kisah selebihnya DI SINI.


Kini, fesyen busana Muslimah yang diusahakannya mendapat sambutan daripada kalangan muslimah seluruh dunia malah turut diterima di kalangan yang bukan Islam.

Anda boleh layari laman blog peribadinya Hana Tajima-Simpson dan juga blog fesyen miliknya StyleCovered untuk maklumat lanjut berkenaan perkembangan terbaru.



Pautan lain berkaitan Hana Tajima:

p/s: Satu lagi kaedah berdakwah dalam Islam - menerusi pakaian. Semoga menjadi inspirasi buat semua :-)

1 comment:

Cik Anita said...

trend bertudung kini yang semakin positif. :)