Gambar ihsan: SyokOrg
Assalamualaikum....
Sebelum ini, penulis pernah membaca mengenai rumah hantu ini melalui sebuah majalah.
Rumah hantu ini terletak di Jepun dan diakui oleh Guinness Book of Records sebagai yang terbesar dan paling menakutkan di dunia. Rumah hantu ini diubahsuai daripada sebuah bangunan usang dalam tema hospital. Tidak sebagaimana rumah hantu di taman tema atau funfair yang biasa dilawati, keunikan rumah hantu ini ialah ia tidak mempunyai jalan atau laluan yang ditetapkan.
Selain bangunan yang dihias secara mengerikan, rumah hantu ini turut mempunyai bau yang menusuk hidung dan pekerja yang ditugaskan sebagai 'hantu' dalam bangunan berkenaan turut disolek dengan ngeri seperti hantu sebenar. Untuk menambahkan rasa seram, sistem audio yang terdiri daripada suara teriakan, bunyi langkahan kaki dan bunyi-bunyi seram turut dipasang.
Laluan sepanjang 700 m dalam rumah hantu ini juga mempunyai lorong-lorong kecil seperti pagar sesat yang boleh membuatkan pengunjung tersesat.
Pengunjung yang datang akan berjalan bersendirian atau bergerak dalam kumpulan dua atau tiga orang untuk sampai ke pintu keluar. Seperti dalam permainan video, pengunjung perlu membuka banyak pintu dan tingkap secara manual. Jika tidak sesat, pengunjung akan mengambil masa sekitar 50 minit untuk keluar dari bangunan tersebut. Oleh kerana terlalu menakutkan, segelintir pengunjung tercedera dan terluka kerana terjatuh dalam rumah hantu ini.
Sumber
Eeeeeeeeeiiiiii..... seram jer...
5 comments:
xpernah masuk rumah hantu...hahah.. teringin nak masuk...tapi masalahnya gelap itu lagi menakutkan dari hantu
mak aiiiii.... confirm x mo masuk! horror
ni kat mana ye?
rina: belajar2 la jadi berani :-D hahaha.....
aletheea: kalo org blanja, awak masuk tak?? hehehehe....
abdoss: ni kat jepun...
punya kelainan jantung dilarang masuk
Post a Comment