MY FOLLOWERS

Monday, December 26, 2011

Artikel - Durian Dari Perut Gajah

Kredit kepada: Taotauajer
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum....

Tahukah anda apa itu durian dari perut gajah atau durian tahi gajah??  :-)


Saya pernah mendengar mengenai perkara ini sewaktu di bangku sekolah dahulu daripada seorang senior. Katanya durian yang dikeluarkan dari perut gajah rasanya sedap. Pun begitu, sehingga ke hari ini belum pernah merasainya.

Bagaimana ia berlaku? Gajah akan memakan durian berkenaan dan durian berkenaan akan berada dalam perutnya atau diperam untuk satu tempoh sebelum dikeluarkan menerusi buangannya. Namun jangan terkejut kerana menurut senior saya itu, durian tersebut tidak akan pecah kulitnya. Maknanya ia akan keluar semula dari perut gajah berkenaan sama seperti ia jatuh dari pokok.

Jika ada, tidak diketahui selama ini dari mana durian ini atau digelar juga 'durian tahi gajah' ini boleh didapati, bagaimana proses dilalui untuk mendapatkannya dan berapa harganya jika dijual di pasaran.


Di sini saya petik sebahagian tulisan daripada artikel DI SINI mengenai durian ini.

Penasihat Malaysia Nature Society cawangan Johor, Vincent Chow yang mendengar kewujudan durian unik ini dari temannya seorang tauke balak dan penduduk orang asli.

Tauke balak ini selalu menempah durian tahi gajah ini pada Orang Asli selama musim durian.

Kerana stoknya yang sedikit dan sukar didapati, taipan ini sanggup membayar RM1,000 demi memenuhi selera mereka.

“Orang Asli semestinya sanggup mengikuti jejak para gajah kerana mereka tahu akan dibayar mahal,” kata Chor, seperti dimuatkan di New Straits Times, Jumaat 22 Oktober 2010.


KLIK SINI untuk ke artikel penuh.

No comments: