MY FOLLOWERS

Tuesday, December 13, 2011

Artikel - Bagaimana Meletakkan Widget Google+ di Blog?

Kredit kepada: Fiqa Ra
Gambar ihsan: Dashboard


Assalamualaikum....

Mula-mula anda perlu laman Google Plus Widget dan klik pada butang Get Widget. 



Butang Get Code kemudian akan dipaparkan di tempat butang Get Widget tadi. Jangan klik dahulu butang ini kerana tiada kod akan diberikan. Sebaliknya, skrol ke bawah dahulu dan pergi ke bahagian Setting.



Buat sedikit modifikasi untuk widget anda di bahagian Setting ini.



Untuk membolehkan widget ini disiarkan, terlebih dahulu, antara yang anda perlu ada ialah akaun Google+ kerana setiap akaun akan diberikan nombor Google+ ID, iaitu satu senarai nombor panjang yang terdapat pada bahagian URL akaun Google+ anda. Hanya nombor ini sahaja diperlukan dalm petak Google+ ID dalam Setting ini. Lihat rajah di bawah.


Contoh: https://plus.google.com/u/0/nombor Google+ ID/posts

Di bahagian Setting ini juga, anda boleh ubah lagi beberapa perkara ikut suka anda, anda boleh klik pada bahagian bar berwarna biru (ada Basic Setting, Name Text, Button, dll.). Terserah pada anda untuk explore ruangan ini.

Jika anda klik tanda 'rait' pada Include Update Feed di bahagian Basic Setting, akan dipaparkan ruangan Widget height (px). Anda boleh ubahnya supaya sesuai dengan Widget width (px) anda. Saya mengubahnya kepada 250 (width) dan 340 (height).

Saya juga mengubah di bahagian Title text di Main Area Setting yang bertindak sebagai tajuk pada widget ini. Saya tukarkannya daripada Add me on kepada SERTAI SAYA DI. Lihat rajah di bawah dan yang seterusnya.



Sesudah anda berpuas hati, kembali ke bahagian atas laman berkenaan dan klik butang Get Code dan skrip HTML/Java dan maklumat Latest Update dipaparkan di bahagian The Widget +. Lihat rajah di bawah.



Salin dan tampalkan skrip ini di ruangan HTML/Javascript di ruangan Design blog anda dan klik SAVE. Tidak perlu letakkan sebarang tajuk kerana di The Widget + sudah disediakan. Lihat rajah di bawah.



Selesai! Paparan di laman blog akan kelihatan seperti begini.


Selamat mencuba!

Terima kasih kepada Fiqa Ra untuk tips ini.

No comments: