Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Hahaha.. memang saya pengguna tegar jenama Nokia. bukan tidak mahu beralih kepada jenama lain, tapi sebab kelebihan yang ada pada produknya.
Telefon bimbit saya yang pertama saya gunakan ialah Nokia 5120. Baterinya jenis pasang di luar (external) dan tiada vibrator. Kalau dalam mod senya atau silent, memang langsung senyap tak ada bunyi. Saya membelinya ketika di universiti pada tahun 2001. Al-maklumlah sebab eheemm..eheemm :-)
Sedang beberapa bulan, saya beralih kepada Nokia 3210 yang ada vibrator. Pada waktu itu, ia dilihat sebagai satu kemudahan terutama sebab ada mod senyap. Tidak mengganggu ketika dalam kelas, dalam wayang atau dalam apa-apa suasana yang memerlukan semua orang senyap.
Kemudian, saya beralih pula ke Nokia 3310. Bukan kerana sebab mahu kelihatan gah di mata kawan-kawan, tapi kerana ada yang berminat untuk membeli 3210 milik saya. Pun di kalangan kawan-kawan juga :-) Belum sampai beberapa bulan terpaksa beli baru beserta simkad baru. Huhuhu... sebab kena rompak di cybercafe.. :-( Kebetulan waktu itu, sedang hangat iklan di akhbar tawaran Maxis mengenai pembelian sim pack dengan harga sekitar RM60. Pada waktu itu, inilah tawaran harga paling murah. Jadi saya mengambil kesempatan untuk membeli kad sim beserta telefon baru Nokia 8250 atau Butterfly. Saya menggunakannya lebih kurang setahun atau lebih. Yang menarik, ada bluetooth dan boleh hantar business card. Saya menggunakannya sehingga vibrator rosak, sekejap ada sekejap hilang. Namun yang hairannya, masih ada juga kawan yang mahu membelinya. Tak kisah laa...
Selepas itu, saya membeli Nokia 6610. Seronok juga sebab paparan berwarna dan ada kelebihan internet, sekali-sekali boleh melayari internet tanpa perlu keluar ke cc. Saya menggunakannya sehingga pertengahan 2006, lebih kurang setahun lebih. Lagi sekali, terpaksa beli yang baru kerana terjatuh sehingga bahagian cermin paparannya pecah.
Kali ini saya beli Nokia 6030. Masalah timbul bila ia seperti 'hang' dan terpaksa 'dirawat' di kilangnya selama 2 minggu. Huhuhu... senyap la sekejap selama masa itu. Inilah telefon yang paling lama saya gunakan... selama 5 tahun, sehingga penghujung 2011.
Beralih ke telefon baru kerana sistemnya rosak, masalah on-off tanpa menekan apa-apa membuatkan saya agak tension dan terganggu. Selepas itu, saya bertukar pula ke Nokia C5-03.
Begitulah kisahnya....
2 comments:
saya masih lagi ada Nokia 6030... dulu warna putih, tapi saya tukar cover warna merah... masih bagus lagi sampai sekarang...
saya ada Nokia 6030.. dulu cover nya warna putih, saya tukar warna merah.. masih ada lagi sampai sekarang.. tapi saya mahu beli telefon baru... tiada duit tak dapat beli telefon baru.. saya mahu beli Samsung Y.. ibu bapa tak belikan.. ibu bapa bilang takde duit..
Post a Comment