MY FOLLOWERS

Thursday, December 15, 2011

Berita - Sultan Paling Tua di Malaysia Menjadi Yang Dipertuan Agung

Kredit kepada: Mymetro, Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum......

Pada Isnin lalu, 12.12.2011 berlangsungnya upcara keberangkatan balik Sultan Mizan Zainal Abidin ke Terengganu selepas menamatkan tugas sebagai yang Dipertuan Agong selama 5 tahun. Kini tugas Yang Dipertuan Agong diserahkan kepada Sultan Kedah, iaitu Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dalam satu isitiadat melafazkan sumpah di Istana Negara manakala Sultan Kelantan iaitu Sultan Muhammad V pula melafazkan sumpah sebagai Timbalan Yang Dipertuan Agong. 

Ini adalah kali kedua Sultan Kedah ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Agong dan telah berusia 84 tahun. Kali pertama pada tempoh 1971 hingga 1975 ketika berusia 43 tahun. Menurut sumber dari Yahoo News, Sultan Abdul Halim dikatakan sebagai raja berperlembagaan yang paling tua dalam sejarah negara di Asia Tenggara.



Yang Dipertuan Agong baru, Sultan Abdul Halim bersama Permaisuri Haminah di Dataran Parlimen, pada hari Selasa 13.12.2011. 




Bekas Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin bersama Permaisuri Nur Zahirah, sewaktu upacara keberangkatan pulang di Dataran Parlimen dan menyempurnakan tugasnya sebagai Yang Dipertuan Agong pada hari Isnin 12.12.2011. Sultan Mizan Zainal Abidin, diisytiharkan sebagai Yang Dipertuan Agong ke-13 pada 13.12.2006 bagi tempoh 5 tahun.



Sebelum memasuki pesawat sebelum berlepas pulang ke Terengganu, di KLIA Sepang.

Berita selanjutnya DI SINI dan DI SINI.

Berita lain berkaitan Sultan dan yang Dipertuan Agong: Elaun YDA, Sultan dan Kerabat Diraja

No comments: