MY FOLLOWERS

Tuesday, December 13, 2011

Artikel - Elakkan Gambar-gambar Binatang Dalam Rumah

Kredit kepada: SyokOrg
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum....


Dari Aisyah r.a katanya, dia membeli bantal-bantal kecil bergambar-gambar. Maka tatkala Rasulullah s.a.w melihat bantal-bantal tersebut baginda berhenti di muka pintu dan tidak terus masuk. Aku tahu dari wajah baginda bahawa baginda tidak senang.

Berkata Aisyah: ”Ya Rasulullah! Aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apakah kesalahanku?"

Rasulullah s.a.w kembali bertanya: ”Bantal-bantal apakah itu?”
Jawab Aisyah, “Aku membelinya sebagai tempat duduk anda atau tempat anda bersandar.”
Sabda Rasulullah s.a.w: ”Pelukis gambar-gambar ini akan disiksa di hari kiamat seraya dikatakan kepada mereka: ”Hidupkanlah gambar-gambar yang kamu lukis itu!”

Kemudian baginda bersabda: ”Sebuah rumah yang terdapat di dalamnya gambar-gambar (haiwan), malaikat tidak mahu masuk ke dalam rumah itu.”

(Hadis Riwayat Muslim)

No comments: