MY FOLLOWERS

Thursday, December 15, 2011

Artikel - Fikir Dahulu Sebelum Menulis....

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum....

Jika tiada idea untuk menulis, janganlah menulis. Jika sudah ada idea, jangankan kata untuk menulis, malah dalam apa sahaja perkara, pasti ada sahaja yang boleh dibuat.

Sebelum menulis sesebuah entri, fikirkanlah dahulu apa yang ingin, perlu dan boleh disampaikan kepada semua pembaca. Kena ingat, dalam masyarakat kita, ada sesetengah perkara atau isu sangat sensitif untuk dibincangkan secara terbuka. Misalnya, jika terlibat dalam penulisan, si penulis perlu sensitif dan peka dengan perkara di sekelilingnya sebelum mencurahkan idea mengenai apa yang hendak ditulis itu. Begitulah juga dalam bidang-bidang lain. 

Jika tidak sensitif atau berfikir panjang, pasti ada yang dihentam dan dikritik semula. Contohnya ketika isu karikatur tsunami (Ultraman dikejar tsunami) dan karikatur perbandingan polis dan pegawai jabatan agama mengenai bahan bukti yang dilihat sebagai mempersendakan agama. Contoh-contoh sebegini sepatutnya sudah cukup sebagai peringatan agar kita berwaspada dan bertindak di atas landasan yang betul dalam menyampaikan sesuatu idea.


Perlu diingat juga, perasaan tenang dan sabar diperlukan ketika menulis agar kita tidak menulis melulu dan mengikut perasaan. Ini supaya tidak menyakitkan hati atau mencetuskan emosi si pembaca. Sebelum tulisan disiarkan, anda boleh draf dahulu apa yang hendak disampaikan, ibarat menulis karangan ketika di zaman sekolah. Sesudah berpuas hati dengan segala isi kandungannya, membuang apa yang tidak perlu dan yakin ia tidak akan menyakitkan hati sesiapa, barulah boleh ia disiarkan. Ambillah sedikit masa untuk memikirkan apa yang ingin disampaikan.

Jika ingin lebih mudah, tulislah perkara-perkara yang baik-baik yang boleh memberi manfaat atau pengajaran kepada pembaca dan kekalkan berada di atas landasan sebegitu. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. juga ada diingatkan supaya berkata yang baik-baik atau jika tidak pasti akan sesuatu itu, lebih baik diam. Yang penting, peka dengan situasi semasa dan elakkan daripada menulis perkara-perkara yang sensitif.

1 comment:

Unknown said...

yup...ble tulisan kte da di post, 1 dunia ley bce pe yg kte tulis..sama ader buruk @baek