Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images
Assalamualaikum....
Suatu ketika dahulu, ada seorang guru yang meminta murid-muridnya untuk membwa satu kantung plastik jernih ke sekolah. Lalu, ia meminta setiap seorang daripada mereka untuk memasukkan beberapa kentang ke dalamnya. Setiap orang diminta untuk memasukkan sebiji kentang, untuk setiap orang yang tidak mahu mereka maafkan.
Mereka diminta untuk menuliskan nama orang yang enggan mereka maafkan itu. Ada beberapa orang daripada kanak-kanak tersebut memiliki kantung yang ringan, walau banyak juga yang memiliki plastik dengan berat yang berlebihan.
Mereka diminta untuk membawa kantung jernih itu ke mana-mana sahaja mereka pergi selama seminggu genap, tidak kira siang atau malam. Pendek kata, kantung itu harus ada d isisi mereka kala tidur, diletakkan di meja saat belajar dan dijinjit sewaktu berjalan.
Lama kelamaan keadaan kentang itu semakin tidak menentu. Banyak daripadanya yang membusuk dan berbau. Hampir semua murid berkenaan mengeluh dengan tugasan yang diberikan oleh guru mereka itu. Akhirnya, waktu satu minggu selesai. Dan hampir semua kanak-kanak memilih untuk membuangnya daripada terus menyimpannya.
Tugasan ini setidak-tidaknya memberikan pengajaran kepada mereka. Suka duka semasa membawa kantung yang berat akan menjelaskan kepada mereka bahawa membawa beban itu sesungguhnya sangat tidak menyenangkan. Memaafkan, sebenarnya adalah pekerjaan yang lebih mudah, daripada membawa semua beban itu kemana sahaja kaki melangkah.
Ini adalah sebuah perumpamaan yang baik tentang harga yang perlu kita bayar untuk sebuah kepahitan yg kita simpan, dan dendam yg kita genggam terus menerus. Getir, berat dan meruapkan aroma yang tidak menyedapkan. Boleh jadi itulah nilai yang akan kita dapat saat memendam amarah dan kebencian.
Kita sering berfikir, memaafkan adalah hadiah bagi orang yang kita beri maaf. Namun, kita harus kembali belajar bahawa pemberian itu adalah juga hadiah buat diri kita sendiri. Hadiah untuk sebuah kebebasan. Kebebasan dari rasa tertekan, rasa dendam, rasa amarah, dan kedegilan hati.
No comments:
Post a Comment