Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Yahoo Images
Assalamualaikum....
Baru-baru ini saya ke sebuah kedai untuk membeli alat ganti motorsikal. Mentol hadapan, besi untuk pengunci tempat duduk (bentuk 'U') dan 4 biji skru penutup rantai (peti rantai). Hanya dapat beli mentol yang berharga RM10 manakala dua benda lagi tidak dijual. Itu kata si penjual di kedainya. Katanya skru penutup rantai yang asli berharga RM5 sebiji dan disebabkan mahal, maka tidak dijual.
Saya ke kedai alat ganti lain seperti mana dicadangkan oleh tauke tersebut. Terkejut juga, kerana saya dapat membelinya pada harga hanya RM1 untuk kesemua empat biji skru berkenaan manakala besi pengunci pada harga 'cincai' RM2 sahaja.
Barangkali sikap sesetengah pengusaha atau peniaga yang mahu keuntungan yang berbaloi. Fikirnya, mungkin tidak pulang modal kalau alatan sekecil itu dijual.
No comments:
Post a Comment