MY FOLLOWERS

Tuesday, December 13, 2011

Sekadar Luahan - Budak-budak Shuffle Punyer Keje!

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum....

Pada hari sebelumnya, lantai bersih seperti biasa. Aktiviti riadah berjalan seperti biasa, begitu juga dengan kelab karate yang menggunakan dewan di sebuah flat kediaman di sini sebagai kelas setiap hujung minggu. Keadaan lantai asalnya begini...







Menurut makluman yang diterima, lantai dewan ini ditumpahi tepung bagi kegunaan budak-budak yang bermain tarian shuffle pada petang hari sebelumnya selepas sesi latihan karate tamat. Pun begitu, sesudah selesai bermain, dewan ditinggalkan begitu sahaja. Sehinggakan ada beberapa kali pelatih di kelas karate tergelincir kerana keadaan lantai berkenaan pada hari berikutnya.

Sewajarnya, adalah perlu bagi pihak pengurusan flat agar prihatin dengan keadaan semua kemudahan yang disediakan dan ambillah tindakan sebaiknya supaya dapat memberikan keselesaan kepada semua pengguna. 

Kemudahan dicipta bagi memudahkan, bukan sebaliknya.

No comments: