Gambar ihsan: SyokOrg
Assalamualaikum....
Dalam Islam, perkara berkaitan halal dan haram sesuatu bahan makanan dan minuman adalah suatu perkara yang sangat sensitif dan diambil berat. Mengetahui mengenai perkara ini adalah sangat perlu bagi semua umat Islam agar tidak termakan apa-apa yang bersifat haram atau syubhah kerana setiap yang masuk ke dalam badan seseorang itu akan menjadi darah dagingnya seterusnya memberi kesan terhadap hati dan ibadah yang akan dikerjakan kelak.
Di sini disentuh serba sedikit mengenai bagaimana untuk membezakan antara daging lembu dan daging khinzir. Terdapat enam cara asas untuk mengetahui perbezaan di antara daging lembu dengan daging khinzir.
Dari segi warna
Dari segi serat daging
Lemak yang kelihatan
Dari segi tekstur
Aroma daging
Sebagaimana yang kita sedia ketahui, daging lembu berbau hanyir manakala daging khinzir pula mempunyai bau yang tersendiri. Mengetahui mengenai bau daging ini adalah antara perkara penting bagi membezakan kedua-dua daging ini, kerana walaupun sekiranya warna telah ditukar dan kedua-dua daging ini dicampur, aroma kedua-dua daging ini masih dapat dibezakan.
Ciri lain secara umum
Secara umumnya, bentuk daging khinzir yang diternak dengan yang terdapat di hutan (babi hutan) sangat mirip antara satu sama lain. Namun apabila kedua-dua daging ini dicampur dan disebatikan dengan darah lembu, ia menjadi sukar pula untuk dibezakan.
Sumber asal
1 comment:
ooo...
boleh nampak perbezaan daging2 tue..
t.q for info and knowledge..
tp, curious nak tau mcmana baunye daging babi...
Post a Comment