MY FOLLOWERS

Wednesday, July 27, 2011

Hiburan - Filem Adaptasi Permainan Video Yang Tidak Berjaya

Credits to:Wikipedia
Gambar ihsan:Wikipedia


Assalamualaikum....

Penghasilan karya filem Hollywood yang diadaptasi daripada sumber lain sudah bermula sejak penulis berada di zaman persekolahan lagi. Walaubagaimana pun, hasilnya tidaklah seberapa berbanding karya yang diangkat daripada novel atau kisah sebenar. Buku yang mendapat sambutan di pasaran pastinya menghasilkan pulangan lumayan bagi industri perfileman Hollywood.

Bagi filem yang diangkat daripada sumber permainan video, hasilnya pula jauh daripada memberangsangkan. Malah ada yang dilabelkan sebagai filem sangat buruk kerana tidak selari dengan jalan cerita dalam permainan video berkenaan. Selain yang disenaraikan dalam entri ini, ada lagi yang buruk. Antaranya: 


Doom


Mengetengahkan lakonan The Rock, Karl Urban, Brian Steele dan Rosamund Pike sebagai barisan pelakon utama, filem yang mengisahkan sebaran wabak virus. Walaupun tidak sampai ke peringkat box office, aksinya boleh dikatakan agak memuaskan dan ada pandangan first person shooter seperti dalam permainan video. Filem ini mendapat kutipan USD15.3 juta pada minggu pertama tayangannya namun jatuh kepada hanya USD4.2 juta pada minggu berikutnya.


Tekken


Filem ini keluaran tahun 2010 mengisahkan Jin Kazama mencuba nasib dalam pertandingan Iron Fist Tournament dalam usahanya untuk membalas dendam atas kematian ibunya Jun, dengan cara berdepan bapanya Kazuya Mishima dan datuknya Heihachi Mishima yang dikatakan menjadi punca kematian ibunya. Turut mengetengahkan karakter popular permainan ini seperti Christie Monteiro, Bryan Fury, Steve Fox, Marshall Law, Nina Williams, Anna Williams, Raven, Eddie Gordo, Yoshimitsu, Sergei Dragunov dan Miguel Rojo dalam adegan perlawanan. Perlawanan yang ditampilkan menarik namun jalan ceritanya lemah dan membosankan. 

Saranan penulis, lebih baik anda menonton filem animasi 3D-nya Tekken: Blood Vengeance yang akan dikeluarkan dalam bentuk Bluray Disc pada penghujung tahun ini.


The King of Fighters


Filem ini mendapat maklum balas yang negatif daripada Beyond Hollywodd kerana banyak membuang masa menerangkan sejarah silam yang tidak perlu dan cuba meyakinkan penonton apa yang perlu diketahui di samping pemilihan pelakon yang tidak kena dengan watak permainan video berkenaan. Filem ini juga dikatakan dibuat agak sambil lewa dan kelihatan seperti filem permainan video semi-klasik dari tahun 1990-an, menyebabkan penonton bertambah bosan menontonnya.

1 comment:

kumanx said...

aku rasa movie yg game adaptation ni kena carik tenok pengarah Uwe Boll... cerita yg dia arah 90% dari game tapi mmg tak best..