MY FOLLOWERS

Tuesday, September 23, 2014

Artikel - Bom dan Pedang dari Pameran Senjata LMNT 9/2014

Kredit kepada: LMNT
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum.....




Beberapa hari lalu, penulis telah melawat Pameran Senjata di LMNT. Banyak juga info menarik diperoleh. Bukan setakat melihat replika pedang dan senjata lama tetapi senjata versi moden juga. Info mengenai pedang dan bom juga tidak kurang menariknya. Mungkin sebab orang ramai kurang tahu mengenainya. Menurut polis yang bertugas, kaedah memusnahkan bom yang diguna pakai oleh pihak polis di Malaysia menggunakan standard berbeza daripada standard di Amerika Syarikat. Standard Amerika Syarikat lebih kepada mematikan bom tanpa memusnahkannya, dengan cara memutuskan kabel sambungan berkaitan. Manakala standard yang kita gunakan lebih kepada menyelamatkan nyawa dengan memusnahkan bom berkenaan. Contohnya kalau pihak mereka menerima laporan penemuan bom di kawasan tertentu, penduduk di kawasan tersebut diminta mengosongkan kawasan buat sementara untuk membolehkan unit pemusnah bom memusnahkan bom berkenaan. 

Mengenai pedang, penulis ada tanya adakah orang awam akan dikira sebagai memiliki dan membawa senjata secara haram  sedangkan di sini ada kedai yang menjualnya kepada orang awam secara terbuka. Apa cerita ini?? Jawab pegawai yang bertugas, kena lihat pada waktu ia dibeli/dibawa itu adakah dalam waktu antara jam 6 pagi hingga 6 petang, atau dari jam 6 petang hingga 6 pagi. Boleh jadi pada sebelah siang orang membeli benda tajam seperti pedang, pisau atau seumpamanya, untuk kegunaan dapur atau perhiasan. Kalau sebelah malam, lain pula ceritanya. Silap hari bulan, boleh jadi terlibat dengan perkara yang tidak elok.  


No comments: