Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Tiada lagi foto-foto bogel dalam Playboy ...
Adakah dengan mengambil pendekatan sebegini, masalah sosial melibatkan seks bebas akan selesai atau berkurangan? Rasanya tidak, sebab di zaman moden dengan kemudahan internet hanya di hujung jari, orang ramai yang mempunyai akses tanpa tapisan boleh sahaja mengakses dan melayari bahan-bahan tidak senonoh tanpa sekatan. Jangankan majalah lucah boleh bankrap, ambil sahaja contoh-contoh lain seperti komik dan majalah-majalah hiburan yang lain. Apabila semuanya dipaparkan dapat diakses secara percuma dan pengguna hanya bayar perkhidmatan kafe dan siber dan muat turun bahan berkenaan secara percuma, itu menjadi lebih mudah. Duit dikeluarkan oleh pengguna bukan lagi menghala ke kedai-kedai buku untuk membayar harga pembelian tetapi sudah beralih ke perkhidmatan internet dan kafe siber. Jadi, selebihnya sudah boleh fikir sendiri. Hehehe....
Kini para penggila majalah lucah Playboy tidak lagi berpeluang menatapi foto-foto bogel sepertimana dahulu. Ini kerana majalah itu tidak akan lagi memaparkan foto-foto wanita bogel, seperti dalam kenyataan mereka kepada pihak New
York Times yang memetik kata-kata ketua eksekutifnya, Scott Flanders.
Pengasasnya Hugh Hefner, 89, bersetuju pada bulan lalu dengan cadangan editor Cory Jones untuk berhenti memaparkan foto-foto berkenaan. Kini walaupun semuda remaja, kemudahan internet lebih memudahkan remaja untuk melayari laman lucah hanya dengan telefon bimbit, dan majalah tersebut masih memaparkan foto mengghairahkan walaupun tiada foto bogel.
Majalah berkenaan pernah menyiarkan selebriti Marilyn Monroe di muka depannya pada tahun 1953 telah mengubah haluannya selepas jualannya jatuh dari 5.6 juta pada 1975 kepada hanya 800,000 pada masa sekarang ini. Selepas kejayaannya, majalah ini pernah dihentam kerana merendahkan martabat wanita sebagai objek seksual. Sebahagian lagi perubahan masih dalam perbincangan dan penulis kolum seksual ialah seorang wanita.
Selain itu, ia juga memaparkan temubual bersama tokoh-tokoh terkenal seperti Fidel Castro,
Martin Luther King Jr., Malcolm X dan John Lennon.
Reuters tidak memberi sebarang komen berkenaan isu ini.
Sumber tanpa sebarang foto: SINI |
No comments:
Post a Comment