Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Yahoo ImagesAssalamualaikum...
Penulis hanya menyampaikan kembali apa yang pernah disampaikan dahulu. Harap maklum.
Di sini Bella ingin kongsikanapa yang Bella sendiri lalui pada Ahad 18.2.2007 yang lalu. Bella rasakan inilah pengalaman yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila. Saat ini, Bella terasa juga tertekan kerana teringatkannya.
Sebelum ini, Bella hanya mendengar cerita-cerita orang dan melalui pembacaan mengenai bertemu dengan roh orang yang sudah meninggal dunia. Ceritanya, pada tarikh tersebut, Bella telah laluinya sendiri. Seram sejuk seluruh anggota, usahlah dikata. Jantung berdegup laju.........
Sebelum ternampak arwah nenek duduk di meja soleknya, Bella bermimpi disuruh membaca ayat Kursi oleh orang yang sememangnya Bella tidak kenali. Selepas menyempurnakan bacaan ayat tersebut dan seperti dirancang, lebih kurang pukul 3 pagi, Bella membuka mata dan memandang ke arah yang disuruh dalam mimpi tadi. Mulanya, Bella ingatkan sekadar bayangan sahaja, namun setelah diamati dengan betul dan pandang beberapa kali dan juga cermin barulah Bella tahu siapa dia. Mungkin Dia ingin tunjukkan kekuasaanNya yang Maha Besar kepada hambaNya. Kelihatan arwah nenek seperti sedang meratap dan gerak gerinya ... Bella tidak mampu menatap lebih lama kerana kekuatan diri seperti sudah hilang. Menggigil seluruh anggota tubuh, hanya ayat-ayat suci al-Quran yang menjadi teman. Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan Bella ketika itu. Saat arwah nenek berangkat, memang jelas lagi nyata Bella dapat mendengar bunyi kerusi ditolak, derapan kaki serta seretan kain. Saat itu, semakin kencanglah degupan jantung Bella. 10 minit kemudian, Bella meluru keluar dan tidur di sebelah emak yang ketika itu sedang tidur di bilik arwah nenek dengan dua orang lagi adik Bella. Bella beritahu emak dan ayah tentang kedatangan nenek. Keesokan harinya, saudara mara di kampung bertanyakan cerita sebenar, dan dalam keadaan masih takut-takut pun Bella terpaksa ceritakan juga.
Memang sehingga sekarang pun Bella masih sukar untuk lupakannya, seperti arwah nenek ada di mana-mana dan terbayangkan apa yang Bella nampak. Semalam, tidur Bella masih tidak lena sebab pada pukul 3 pagi Bella akan terbangun dan tidak dapat tidur sehingga Subuh. Selepas solat, Bella tidak putus-putus berdoa agar diberikan kekuatan diri dan dihilangkan semua perasaan yang menghambat diri ini.
Kata emak, Bella lahir pada malam Jumaat sekitar jam 1 pagi dan salah satu faktornya disebabkan waktu kelahiran itulah Bella boleh nampak. Kalau diikutkan, sebelum ini pun Bella pernah juga terasa begitu sewaktu tinggal di hostel dahulu. Itu pun cuma terasa kehadiran makhluk Allah dan tidak pernah nampak. Hanya baru-baru ini sahaja Bella dapat melihatnya dengan jelas.
3 comments:
ermm..kisah seram juga nih
meremang sekejap bulu roma :)
roh org dh meninggal boleh berada di bumi ke ek?
zulkbo: seram jugak laa...eeii...
ladybird: wallahualam...kene tanya ustaz2 dan yg lebih arif tentangnya utk lebih jelas...
Post a Comment