Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News
Assalamualaikum...
Gambar ihsan: Yahoo News
Assalamualaikum...
Sejenis parasit lalat dikatakan menjadi punca epidemik yang menyerang populasi lebah madu seluruh dunia. Parasit lalat ini akan menumpang dalam perut lebah berkenaan dan akan menyebabkannya bertukar sifat seperti lalat dengan berjalan dalam bulatan, adakalanya akan mengejar cahaya terang sebelum mati.
Parasitic Phorid Fly Apocephalus borealis akan menetaskan telurnya dalam abdomen lebah madu dan menyebabkan lebah madu bertukar sifat seperti zombi.
"Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan dalam tempoh tertentu terhadap mana-mana lebah yang masih hidup, kami mendapati ia berjalan dalam bulatan tanpa arah," kata ketua penulis Andrew Core dari San Francisco State University dalam satu kajian mengenai parasit lebah dalam jurnalnya, Plos One.
Menurut Core lagi, kebiasaannya, lebah hanya akan duduk setempat, kadangkala bergerak secara menggelung sebelum ia mati. Namun lebah yang mempunyai parasit ini masih lagi hidup tetapi tidak mampu untuk berdiri dengan kakinya. "Ia terus cuba dan jatuh," katanya. "Ia menunjukkan suatu keadaan seperti zombi."
Walaupun parasit ini telah menyebabkan kerosakan teruk kepada populasi lebah madu, namun terdapat penemuan lain berdasarkan Mirror yang menyatakan saintis menjumpai parasit ini secara tidak sengaja tetapi percaya bahawa ia akan membantu saintis menemui apa yang menyebabkan gangguan keruntuhan sesebuah koloni yang membinasakan separuh daripada koloni lebah madu di Eropah dan Amerika.
Parasit berkenaan dipercayai masih baru dan ada persamaan dengan parasit yang menjejaskan populasi kumbang dengung (bumble bee) pada masa ini. Saintis kini masih berusaha mengkaji bagaimana parasit ini bekerja, tetapi teori awal oleh Professor John Hafernik dari San Francisco menyatakan parasit ini mengubah body clock lebah madu yang menyebabkan sifatnya yang tidak menentu seterusnya membawa kepada kematiannya.
Foto lalat Apocephalus borealis yang dikatakan menjadi penyumbang kepada penurunan jumlah populasi lebah madu. Kajian San Francisco State University mengatakan lalat ini mengeramkan telurnya dalam abdomen lebah madu dan sewaktu larvanya semakin membesar, lebah madu berkenaan akan semakin hilang kawalan terhadap keupayaannya untuk berfikir dan berjalan, terbang membuta-tuli ke arah cahaya terang sebelum ia mati seterusnya larva lalat akan keluar.
Rujukan:
No comments:
Post a Comment