MY FOLLOWERS

Monday, January 30, 2012

Kesihatan - 7 Fakta Mengenai Kopi

Kredit kepada: Yahoo Shine
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum....

Terdapat tujuh fakta mengenai kopi yang mungkin ramai di kalangan kita tidak menyedari atau mengetahuinya.



1. Membantu mengurangkan kemurungan.

Kini terdapat kajian dari Harvard School of Public Health dalam Archives of Internal Medicine yang menunjukkan wanita yang meminum kopi berkafein mempunyai risiko menghidap kemurungan 20% lebih rendah daripada yang bukan peminum. Kajian turut mendapati lebih banyak jumlah yang diambil, lebih rendah risiko menghidap kemurungan.


2. Mempromosikan berat yang sihat.

"Meminum kopi sesudah makan akan menyebabkan tubuh memproses makanan yang dimakan pada kadar yang lebih perlahan, " kata Chris Kilham, penyelidik perubatan, pengasas Medicine Hunter, Inc. dan juga penulis Psyche Delicacies. Menurut David Levitsky, PhD, profesor sains pemakanan di Universiti Cornell, "Kafein mengurangkan kadar perut memproses makanan ke dalam duodenum, iaitu bahagian usus kecil di mana proses penghadaman berlaku selain meningkatkan kadar metabolisme." 


3. Meningkatkan kesuburan lelaki.

"Kajian menunjukkan kafein juga memberikan kesan positif ke atas kelajuan sperma untuk bergerak ke arah telur. Mungkin juga meninggikan peluang untuk hamil," kata John Wilcox, MD, FACOG, rakan kongsi pengurusan dan ahli endokrinologi reproduktif di HRC Fertility, California. Selain itu, kajian yang dikendalikan di Universiti Sao Paulo mendapati motiliti sperma adalah tinggi di kalangan peminum kopi berbanding yang bukan peminum, tidak kiralah sebanyak mana kopi itu diminum dalam sehari. Perbezaan ini ditemui hanya di kalangan peminum kopi dan bukan peminum.


4. Boleh menyebabkan bakteria.

Satu kajian yang dijalankan oleh NSF International, sebuah organisasi keselamatan mendapati mesin takungan kopi yang dikaji penuh dengan yis dan organisma kulapuk," kata Robert Donofrio, PhD, pengarah makmal mikrobiologi di NSF International. "Tidak ramai yang kami temui mengatakan mereka membersihkan atau menyahjangkit takungan kopi mereka. Saki-baki air yang masih tinggal serta bahagian mesin tersebut yang lembap menyumbang kepada pembentukan bakteria." Untuk membersihkan mesin takungan berkenaan, pengguna perlu mengikut protokol pembersihan yang disediakan dalam manualnya atau bersihkan bahagian dalamnya menggunakan cuka. 


5. Mengurangkan risiko kanser kulit.

Berlindung daripada sinaran matahari dan biasa menggunakan sejumlah SPF seharusnya menjadi cara utama untuk melindungi kulit daripada kanser. Kajian terbaru dari Hospital Brigham dan Wanita mendapati wanita yang meminum lebih daripada tiga cawan kopi sehari mempunyai risiko mendapat basal cell carcinoma 20% lebih rendah, dan lelaki pula dengan peluang 9% lebih rendah. Walaubagaimanapun, pengkaji tidak menyatakan pengambilam kopi merendahkan risiko squamous cell carcinoma atau melanoma, sejenis kanser kulit yang boleh membawa maut, menjadikannya penting untuk melindungi kulit sewaktu berada di luar rumah.


6. Bukan semestinya menyebabkan ketagihan.

Seorang ahli fakulti dan pengarah bahagian nutrisi sukan di Universiti California di Davis, Liz Applegate, PhD menjelaskan kafein yang terdapat dalam kopi tidak menyebabkan ketagihan. "Kafein ialah perangsang lembut, dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan adalah salah membandingkan pengambilan kafein dengan ketagihan dadah kerana masyarakat boleh mengurangkan atau menghentikan pengambilan kafein daripada diet mereka tanpa menghadapi sebarang masalah psikologi atau fizikal hasil daripada ketagihan sebenar." Walaubagaimanapun, peminum kopi yang tegar mungkin mengalami simptom-simptom seperti keletihan dan kerengsaan jika mereka mengurangkan pengambilannya. Menurut Dr. Applegate, mereka yang mengambil 600 milligram kafein atau bersamaan 6 cawan kopi sehari adalah di kalangan yang mengalami simptom sebegini, namun kebiasaannya akan kembali ke keadaan asalnya selepas beberapa hari.


7. Tidak semestinya mengakibatkan sakit perut. 

Berdasarkan Lauren Gerson, MD, MSc, pembantu professor perubatan dan gastroenterology Kolej Perubatan Universiti Stanford, "Tiada bukti daripada kajian lepas menunjukkan kopi menyebabkan ulser atau lebih banyak kesakitan kepada pesakit dengan ulser yang direkodkan. Walaubagaimanapun, terdapat satu isu pencernaan yang menunjukkan kopi boleh menjadikannya bertambah buruk. Dr. Gerson menjelaskan meminum kopi boleh memburukkan lagi simptom pedih ulu hati disebabkan ia merangsang perut untuk menghasilkan asid gastrik.


2 comments:

Yatie Awang said...

minum juga kopi, tapi tak berapa suka sangat..

zulkbo said...

salam..
tak pernah peduli kesannya
setakat ini..yang nyata saya
memang hantu minum kopi o
he he...