MY FOLLOWERS

Saturday, August 3, 2013

Artikel - Candy Crush: Kegilaan Masakini

Kredit kepada: Yahoo Finance
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum....


Peraturannya mudah sahaja. Pemain perlu alihkan gula-gula dengan pelbagai warna di sekeliling grid untuk jadikannya sebaris sekurang-kurangnya 3 atau lebih gula-gula yang sama sebelum ia diletupkan. Dengan hampir 400 peringkat, dan semakin ditambah, pemain tidak akan pernah kekeringan cabaran. Warna terang dan diiringi muzik sedikit sebanyak memberikan mood kepada pemain. 

Namun apa yang menjadikan pemain seperti sukar untuk berhenti? Antaranya, permainan ini memberikan ganjaran yang tidak disangka kepada pemain. Ahli psikologi menggelarkan taktik ini sebagai kesan pengukuhan separa (partial reinforcement effect). “Pemain terus memberikan respon bila ketiadaan kesan pengukuhan dengan harapan akan ada ganjaran lain,” kata Mark Griffiths, pengarah di International Gaming Research Unit di jabatan psikologi di Nottingham Trent University.

Pada peringkat paling asas permainan ini, Candy Crush mencetuskan sistem otak untuk mencari corak. Evolusi membantu kebolehan manusia sejak ribuan tahun lalu sama ada ketika mencari pemangsa ketika berburu atau mengelakkan situasi bahaya. 

“Ia satu tugas yang kita boleh lakukan selain merasa bagus melakukannya,” kata Charles Mauro, presiden di MauroNewmedia dan ketua pakar dalam bidang rekaan antaramuka pengguna. Bila pemain sukar mendapatkan cabaran baru, permainan ini membantu dengan flash di belakang gula-gula yang boleh dialih untuk dipecahkan yang menjadikan permainan lebih mudah untuk dikuasai dari permulaan, meningkatkan kebolehan untuk menarik pemain baru. 



KLIK SINI untuk artikel penuh.

No comments: