Gambar ihsan: Yahoo GMA
Assalamualaikum......
Sesungguhnya ia bukan satu lawak jenaka! Malah ia juga bukan sains fiksyen seperti dalam filem. Ini kerana sekumpulan saintis dari Universiti Hawaii dengan kerjasama pengkaji dari Turki telah membiakkan baka arnab ini dengan menyuntik sejenis protein luminescent dari obor-obor ke dalam embrio arnab ini telah menghasilkan arnab yang bersinar dengan sinaran hijau apabila disuluh di bawah lampu florescent.
Pun begitu, kejayaan menghasilkan arnab bersinar ini bukanlah yang pertama kerana pada tahun 2000, artis dan saintis dari Perancis telah menghasilkannya sebagai satu karya seni. Arnab bukanlah juga satu-satunya jenis haiwan yang pernah digunakan secara genetik untuk bersinar dalam gelap. Sebelum itu saintis telah menggunakan babi, biri-biri, monyet, anjing dan kucing yang akan bersinar bila ada dalam gelap.
Saintis melihatnya bukan sebagai bahan pertunjukan tetapi untuk tujuan mengesan perpindahan genetik. Bila ujikaji ini berlaku, maka saintis mengetahui bahawa perpindahan genetik itu berjaya. Melalui kajiannya, Stefan
Moisyadi, seorang pengkaji dalam projek ini menyatakan suatu hari nanti akan membawa kepada penemuan penawar penyakit dan mengurangkan kos perubatan bagi penyakit seperti hemophilia, Alzheimer's dan HIV.
KLIK SINI untuk selanjutnya.
No comments:
Post a Comment