Gambar ihsan: Yahoo News
Assalamualaikum.....
Defying death?
Seorang wanita Australia seperti mendapat nyawa kedua selepas 'dihidupkan' semula selepas diisytiharkan mati secara klinikal selama 42 minit. Vanessa Tanasio, 41, dikejarkan ke Pusat Perubatan Monash di Melbourne selepas mengalami serangan jantung dengan salah satu daripada arterinya tersumbat sepenuhnya. Dia mengalami serangan jantung dan kemudiannya diisytiharkan mati sejurus tiba di pusat perubatan berkenaan.
Doktor yang merawatnya enggan berputus asa dan meneruskan juga usaha menyelamatkannya menggunakan sejenis peralatan dipanggil Lucas 2, satu-satunya alat di Australia yang berfungsi memastikan darah terus mengalir ke otak sementara ahli kardiologinya, Wally Ahmar membuka arteri yang tersumbat itu. Selepas ia dibuka, jantung Tanasio dikejutkan semula dan kembali ke ritma normal.
"Saya gunakan banyak kejutan, dan banyak ubat untuk menyedarkannya. Ia satu keajaiban dan tidak sangka dia akan kembali." katanya.
Tanasio berkata dia tiada sejarah sakit jantung dan bersyukur kerana masih hidup.
KLIK SINI untuk selanjutnya.
No comments:
Post a Comment