MY FOLLOWERS

Wednesday, October 12, 2011

Hiburan - Pelakon Home Improvement: Dulu dan Kini (Pakcik Belakang Pagar)

Kredit kepada: Yahoo TV
Gambar ihsan: Yahoo TV



Assalamualaikum....

Ingatkah anda pada siri Home Improvement yang popular suatu ketika dahulu? Siri yang menarik dengan satu segmen "Tool Time" bersama Al Borland. 


Seperkara yang menarik, jiran Tim Taylor iaitu Wilson yang sentiasa menyorokkan muka di sebalik pagar rumahnya. Oh, sungguh tidak berpuas hati kerana tidak pernah dapat melihat wajahnya sepenuhnya. Setiap kali muncul di kaca tv, separuh wajahnya sentiasa disembunyikan. Artikel di Yahoo TV yang saya baca menjawab persoalan sekian lama bagaimana rupa sebenar pelakonnya.

Beginilah rupa orangnya....


Untuk pengetahuan semua, Earl Hindman telah pun melalui zaman kerjaya yang agak berjaya sebelum menyertai siri Home Improvement. Pada tahun 1974, dia telah berlakon dalam dua filem bercorak thriller yang berjaya iaitu The Taking of Pelham 1 2 3 dan The Parallax View. Selepas siri Home Improvement, dia menjadi pelakon undangan dalam siri Law & Order dan Law & Order: Criminal Intent. Pelakon ini telah meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada 2003 ketika berusia 61 tahun.

KLIK SINI untuk membaca selebihnya mengenai perkembangan terbaru para pelakonnya.

Nota: 
Filem The Taking of Pelham 1 2 3 telah dibikin semula (remake) pada tahun 2010 lakonan Denzel Washington dan John Travolta.

1 comment:

Anonymous said...

oooooo..hensem rupenyeee...