MY FOLLOWERS

Sunday, July 5, 2015

Kesihatan - Hidangan Pembakar Lemak

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....

Bukan setakat meningkatkan metabolisma, tetapi hidangan ini juga membantu merendahkan tahap inflamasi dan menjadikan anda lebih sihat serta membakar lemak dalam badan.



Minyak kelapa - Menurut seorang pakar kesihatan dan penulis buku The Bulletproof Diet, Dave Asprey, lemak merupakan nutrien penting selagi anda memakan makanan jenis yang betul. Menyingkirkan lemak tepu dan lemak trans, dan menambahkan lemak yang baik, membantu tubuh membakar lemak dan menghadamkan makanan dengan lebih efisien.  



Teh hijau - Minum banyak air mengawal tindak balas kimia yang diperlukan oleh metabolisma anda untuk berfungsi dengan lancar. Campurkannya dengan teh hijau bagi membantu meningkatkan metabolisma, melawan rasa keletihan, dan merendahkan risiko terkena penyakit.  



Salmon - Merupakan sumber berkualiti tinggi bagi protein tanpa lemak yang membina otot dan metabolisma. Makanan tinggi protein ini memerlukan lebih tenaga untuk diproses oleh tubuh. Ia juga kaya dengan asid omega-3 yang mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.
 

Kubis bunga - Mempunyai fiber yang cukup membantu anda kekal kurus kerana ia mencerminkan sistem penghadaman yang sihat dan pembuangan air besar lebih lancar. Menurut penulis buku Your Health Destiny: How to Unlock Your Natural Ability to Overcome Illness, Feel Better, and Live Longer., Eva Selhub, M.D., Kubis bunga kaya dengan fiber, sayuran tidak berkanji, phytonutrient, antioksidan dan vitamin C yang membantu membakar lemak ketika senaman. Cuba makan secara mentah bersama salad, stimkan dan dilenyek bersama bawang putih.


Bawang - Ia mempunyai unsur anthoxanthins yang merendahkan tekanan darah dan tahap kolesterol sihat, selain mempunyai mineral dan minyak yang boleh memecahkan lemak dan melancarkan metabolisma. Kajian menunjukkan diet yang mempunyai bawang meningkatkan mood, mengawal kadar tidur serta merendahkan risiko mendapat kanser.


Raspberi - Buah beri ini rendah kalori, tinggi fiber, dan mengandungi ketones, sejenis kompaun yang merendahkan lemak. Ia mengandungi antioksidan yang mengurangkan inflamasi yang memperlahankan proses pembakaran lemak.



Sumber rujukan:  SINI  | 



No comments: