Gambar ihsan: Yahoo News
Assalamualaikum.....
Satu foto terbaru memaparkan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) merentasi
bulan yang besar dan terang. Angkasawan biasa berkongsi di laman media
sosial foto-foto menarik yang mereka ambil ketika di stesen berkenaan.
Jurufoto angkasa, Dylan O'Donnell mengambil foto ini pada 30 Jun lalu
dari Byron Bay di New South Wales, Australia, menggunakan kamera Canon
70D yang disambungkan dengan teleskop Celestron 9.25-inch (235
sentimeter) dengan bateri luaran. Dia telah menanti selama setahun
sebelum mendapat peluang sebegini. Ini kerana stesen ISS merentasi bulan
hanya selama 0.33 saat.
Bagi mendapatkan shot yang diinginkan, dia
mengambil foto dengan mod yang meluas dan ia memang berhasil. Dia
kemudian menajamkan imej bulan itu dan meningkatkan warnanya, perincian
dan tekstur dengan menggabungkan imej menggunakan perisian fotografi
astro dengan yang diambil sebelum dan selepas ia melaluinya.
Dia menggunakan laman Calsky.com untuk mendapatkan tempoh masa ia terbang merentasi bulan, satu kaedah yang berjaya dan digunakan oleh jurufoto angkasa.
Sumber melepasi bulan: SINI |
Dia menggunakan laman Calsky.com untuk mendapatkan tempoh masa ia terbang merentasi bulan, satu kaedah yang berjaya dan digunakan oleh jurufoto angkasa.
Sumber melepasi bulan: SINI |
No comments:
Post a Comment