MY FOLLOWERS

Wednesday, July 1, 2015

Berita - Karnival Usahawan Online Timorfest, Stadium Negeri Kuala Terengganu 26-28.6.2015

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum.....

Karnival Usahawan Online Timorfest kembali lagi diadakan di Stadium Negeri Kuala Terengganu buat kali kedua pada 26-28.6.2015. Berbeza dengan edisi pada bulan Mac sebelum ini, edisi kali ini diadakan ketika umat Islam menjalani ibadah puasa iaitu pada 9-11 Ramadhan 1436H. Pelbagai gerai dibuka yang menjual pelbagai produk seperti kain tudung, shawl, skaf, baju jubah untuk lelaki dan wanita serta kanak-kanak, bekas plastik seperti tupperware, kosmetik, madu, barangan kemas, makanan dan minuman, produk telekomunikasi, wangian,  kasut untuk lelaki dan wanita, produk takaful, produk penjagaan kulit, barangan bayi. Kuih raya juga dijual untuk edisi kali ini. Terdapat juga beberapa produk daripada artis seperti Neelofa, Syura dan Emma Maembong. Antara artis yang turun padang kali ini ialah Leez Rosli, Epul, Azwan Kombos, Mia Ahmad, Danny dan Zul Yahya.




















Selain itu, turut diadakan di luar kawasan stadium ini ialah majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan vendor, pemberian 200 cenderahati atau goodies untuk pengunjung terawal, agihan bubur lambuk dan sesi cabutan bertuah. Karnival ini diadakan dari jam 11.00 pagi hingga 12.00 malam sepanjang hari ia berlangsung.

No comments: