MY FOLLOWERS

Wednesday, July 1, 2015

Artikel - Doktor Kena Saman Sebab Ejek Pesakit

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

Assalamualaikum.....

Mengejek pihak lain merupakan satu sikap dan tindakan bukan sahaja tidak wajar tetapi juga tidak beretika terutama jika melibatkan bidang profesional.

Seorang lelaki yang menjadi pembedahan kolon di Virginia mendapat persediaan sebelum pembedahan dalam caranya sendiri iaitu dengan mengaktifkan butang rakaman pada telefon pintarnya. Niatnya ialah untuk mendapatkan arahan selepas pembedahannya namun sebaliknya dia mendapat lebih lagi. Mengejutkan selepas dia pulang sesudah selesai pembedahan, dia terdengar perbualan panjang pasukan pembedahan itu yang mengejeknya ketika dia dibius dan tidak sedarkan diri. Memburukkan lagi keadaan bila para doktor berbincang mahu mengelak daripada berjumpanya selepas pembedahan itu dan mengarahkan pembantu mereka untuk menipunya dan menulis diagnosis palsu dalam carta rekodnya.


"Lepas 5 minit bercakap dengan awak sebelum pembedahan, saya nak tumbuk muka awak dan ajar awak sikit," kedengaran doktor anestesiologi bercakap dalam rakamannya. Pembantu perubatan menyatakan pesakit ada ruam dan doktor tersebut melarangnya daripada menyentuhnya dikhuatiri akan menyebabkan jangkitan.

Pembantunya menyatakan juga lelaki itu menjadi loya apabila melihat jarum disuntik ke lengannya dan doktor membalasnya dengan bertanya kenapa dia melihatnya dan menggelarkannya 'terencat akal'.

Video yang penuh kejutan itu menyebabkan lelaki ini bertindak menyaman dua doktor dan amalan mereka memfitnah pesakit serta salahlaku mereka dalam bidang perubatan.

Selepas tiga hari perbicaraan, juri daerah Fairfax mengarahkan mereka membayar denda $500,000.

"Saya belum pernah tengok kes sebegini. Juri begitu tersinggung dengan sikap tidak profesional mereka dan memutuskan untuk memberi kemenangan kepada plaintif." kata peguam, Lee Berlik.


Doktor anestesiologi, Tiffany M. Ingham, 42, pernah bekerja di Maryland, namun rekod menunjukkan dia tidak lagi bekerja di situ. Begitu juga dengan rekod di Florida.


Ejek la kalau nak kena balasan: SINI  |



No comments: