MY FOLLOWERS

Sunday, July 26, 2015

Kesihatan - Suntikan Epidural dan Kesannya

Kredit kepada: NHS UK, Babycentre, WebMD, MedlinePlus
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....




Suntikan epidural atau 'Epidural anaesthesia' ialah sejenis suntikan pada bahagian belakang yang menghentikan seketika rasa sakit dan membuatkan saraf yang berkenaan berasa kebas untuk satu tempoh.

Bahagian yang biasanya disuntik ialah dada, abdomen, kawasan pelvik dan kaki.


Bagaimana ia digunakan?

Ubat anestetik disuntik di kawasan tulang belakang dikenali sebagai epidural space. Kepanjangan tempoh rasa kebas itu bergantung pada jenis ubat digunakan dan berapa banyak ia disuntik pada satu-satu masa. Apabila kesan ubat ini hilang, rasa sakit pada bahagian berkenaan yang disuntik akan dirasa kembali oleh si pesakit. (1)

Sewaktu disuntik, ubat ini akan masuk ke bahagian kecil di antara tulang belakang disuntik di sekitar saraf yang membawa isyarat daripada bahagian badan yang berasa sakit bersalin. Ia akan menghilangkan buat sementara rasa sakit.  (2)


Bila ia digunakan?

Ia biasa digunakan bagi melegakan kesakitan bagi satu tempoh, dalam situasi seperti waktu melahirkan, ketika pembedahan iaitu berbanding suntikan anestetik biasa selepas pembedahan dijalankan dengan anestetik biasa.

Dari segi keselamatan, suntikan epidural telah digunakan secara rutin selama bertahun-tahun dan secara meluas sebagai satu kaedah yang berkesan bagi melegakan dan mengurangkan kesakitan selepas pembedahan dan ketika saat melahirkan. Walaubagaimanapun, seperti mana juga prosedur perubatan yang lain, pastinya terdapat kesan sampingan yang perlu diberi perhatian, walaupun ia kecil, sebelum membuat keputusan untuk mengambilnya. Antaranya kecederaan pada dura iaitu lapisan luar yang ada pada tulang belakang dan otak dengan risiko 1/100 peluang kerosakan saraf, walaupun ia jarang berlaku. (1)


Adakah suntikan ini akan memberi kesan pada bayi?

Jika tekanan darah menurun, ia akan menjejaskan aliran oksigen yang akan dihantar kepada bayi. Penyelesaian epidural ini mengandungi opioid fentanyl, atau ubat yang setara dengannya yang akan melepasi plasenta. Dalam dos yang banyak contohnya lebih daripada 100 mikrogram, pengambilan ubat epidural ini akan mengganggu pernafasan si bayi dalam kandungan atau mungkin membuatkannya berasa pening.  (2)


Apa kelebihan mengambil suntikan ini?
  • Ubat melegakan kesakitan paling efektif ketika bersalin.
  • Ibu masih boleh berasa akan bersalin (contraction) tanpa rasa sakit.
  • Membantu mengurangkan tekanan darah jika mempunyai masalah darah tinggi.
  • Jika memerlukan pembedahan caesarean, ia boleh ditambah bersama anestetik biasa bila diperlukan. (2)

Apa pula kekurangannya?
  • 1/8 wanita mengatakan ia tidak begitu berkesan dan ia hanya memberi rasa kebas pada bahagian sekitar perut. Ubat tahan sakit tambahan diperlukan untuk atasinya. Jika masih tidak hilang rasa sakit dalam masa setengah jam selepas epidural bermula, maka bantuan pakar anestetik diperlukan.
  • Mengambil masa 20 minit untuk dimasukkan dan 20 minit lagi untuk ia berkesan apabila anesteik disuntik.
  • Mungkin memberikan rasa ketar seperti kesejukan (shivery), kegatalan namun tidak teruk, mungkin akan demam.
  • Mungkin perlu berada di katil sebab kaki akan rasa kebas atau berat.
  • Ibu perlukan pemantauan lebih kerap. Degup jantung bayi akan terus dipantau berterusan setiap 30 minit dan darah akan diambil kerana tekanan darah akan turun.
  • Akan menjejaskan rasa ingin kencing.
  • Ada risiko ibu mungkin akan alami sakit kepala yang teruk. Ini mungkin berlaku kalau jarum terkena pada bahagian cecair pada tulang belakang yang menyebabkan cecair terkeluar. Peluang ini hanya 1/100 sahaja.
  • 1/1000 peluang akan alami jejas saraf buat sementara manakala 1/13000 peluang jejas saraf secara kekal. (2)


Risiko perlu tahu...

Anestesia epidural dan tulang belakang secara umumnya selamat. Rujuk pada doktor di hospital untuk lebih lanjut dan sebelum ambil suntikan ini bagi mengelakkan sebarang komplikasi atau masalah lebih teruk. Antara lain:
  • Tindak balas alahan pada jenis anestetik yang digunakan.
  • Pendarahan sekitar kawasan tulang belakang (spinal column/hematoma)
  • Kesukaran kencing
  • Penurunan tekanan darah
  • Jangkitan pada tulang belakang (meningitis atau abscess)
  • Kerosakan saraf sama ada sementara atau kekal
  • Serangan tiba-tiba (jarang berlaku)
  • Sakit kepala yang teruk
(3)


Epidural anestetik dan tulang belakang 

Ia diberikan menerusi suntikan pada atau sekitar tulang belakang.

Pada kebanyakan waktunya, suntikan ini diberikan pada bahagian bawah (lower back). Bahagian tersebut juga boleh jadi kebas dengan anestetik biasa. Pesakit boleh menerima cecair dimasukkan menerusi sambungan intravenous line (IV) pada saluran vena atau boleh juga menerima ubat untuk membuatkan mereka relaks.


Kenapa prosedur dijalankan?

anestetik epidural dan tulang belakang mempunyai beberapa kesan sampingan dan risiko daripada anestetik biasa (tidur dan tidak sakit). Deria pesakit biasanya akan pulih semula dengan lebih cepat. Adakalanya mereka perlu tunggu sehingga kesan bius itu hilang untuk membolehkan mereka berjalan semula.


Anestetik tulang belakang biasa digunakan untuk genital, saluran kencing, atau prosedur bawah badan.
Anestetik epidural biasanya digunakan ketika proses melahirkan, pembedahan pada pelvis dan kaki.

Kedua-dua jenis anestetik ini biasa digunakan ketika:
  • Prosedur kelahiran itu terlalu menyakitkan jika tidak menggunakan sebarang ubat.
  • Prosedur pada perut atau kaki.
  • Badan pesakit boleh berada dalam posisi selesa ketika prosedur.
  • Pesakit mahukan kesan yang kurang dan penyembuhan cepat berbanding anestetik biasa.
(3)


Sakit kepala adalah kesan yang paling biasa bagi anestetik tulang belakang. Ia boleh dirawat dengan mudah. Namun sakit kepala ini jarang bagi anestetik epidural.

Kedua-dua jenis anestetik  ini biasanya digabungkan bersama ubat-ubatan lain yang merehatkan atau bersifat sedatif atau melegakan kesakitan. Ia biasa dimasukkan menerusi sambungan IV atau disuntik menerusi ruangan epidural bersama anestetik biasa.

Pesakit akan dipantau selepas menerima suntikan mana-mana anestetik ini. Ia bagi melihat jika anestetik ini memberi kesan pada sistem saraf pusat, sistem kardiovaskular, sistem pernafasan, tekanan darah, pernafasan, degupan jantung dan juga fungsi asas yang lain.
(4)



Sebelum prosedur:
Jika pesakit hamil - apa ubat yang diambil, makanan tambahan atau herba tanpa preskripsi yang dibeli.


Pada hari sebelum prosedur:
  • Beritahu doktor kalau ada sebarang alahan atau masalah kesihatan lain, apa ubat yang diambil atau anestetik yang pernah diterima.
  • Kalau prosedur sudah berjalan, kena berhenti ambil aspirin, atau apa sahaja ubat yang boleh menghalang pembekuan darah.
  • Tanya doktor apa ubat yang boleh terus diambil pada hari prosedur.
  • Kena ada orang yang boleh temankan pesakit untuk urusan ulang-alik ke/dari hospital.
  • Berhenti merokok! Kalau perlukan bantuan, sila tanya doktor. Bukan perokok, lagi bagus. 


Pada hari prosedur:
  • Tidak boleh makan atau minum selepas tengah malam, pada malam sebelum prosedur.
  • Jangan minum alkohol pada sehari sebelum dan hari prosedur. Tidak pernah ambil alkohol langsung, lagi bagus.
  • Ambil ubat yang diberi oleh doktor dengan minum sedikit air.
  • Berada di hospital pada waktu ditetapkan. Tepati masa.


Selesai prosedur:

Selepas epidural, kateter akan ditanggalkan. Baring sahaja di katil sehingga rasa pada kaki ada semula (hilang rasa kebas) dan boleh berjalan semula. Boleh jadi pesakit akan rasa pening, letih dan rasa sakit pada perut.

Kalau bagi anestetik tulang belakang, baring rata di katil beberapa jam untuk elakkan rasa sakit kepala. Boleh jadi juga sakit perut, pening dan letih seperti epidural.




Prognosis - Biasanya pesakit tidak akan rasa sakit ketika dibius dan pulih sepenuhnya selepas itu.

Nama lain - Intraspinal anesthesia; Subarachnoid anesthesia; Epidural; Peridural anesthesia



Rujukan:
  • Miller RD, Eriksson LI, Fleisher LA, et al.Miller's Anesthesia
  • Sherwood ER, Williams CG, Prough DS. Anesthesiology principles, pain management, and conscious sedation. In: Townsend CM, Beauchamp RD, Evers BM, Mattox KL, eds.Sabiston Textbook of Surgery
(3)



Sumber rujukan:  (1)  SINI  |  (2)  SINI  |  (3)  SINI  |  (4)  SINI  |   (5)  SINI  |  

Kisah keperitan akibat mengambil suntikan epidural menyebabkan seorang ibu menyesal seumur hidup kerana anaknya kini menghidap serebral palsy. 

Boleh baca kisahnya di  SINI  |  

No comments: