MY FOLLOWERS

Thursday, August 6, 2015

Sekadar Luahan - Kes Kereta Takleh Pinjam :-)

Kredit kepada: Family
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum.....

Ini satu kisah seorang budak yang memang sudah ada kereta mainan sendiri di rumah yang terlebih seronok bila dapat naik kereta lain di pasaraya.


Macamlah boleh bawak balik....hahahaha


Satu hari, adalah keluar sekeluarga untuk membeli beberapa keperluan rumah. Waktu itu dapatlah kiranya dia merasa naik troli berkereta. Siap dengan stereng dan tempat duduk berbumbung lagi. Kalau troli besi itu lain cerita sebab ada tempat duduk sahaja dan selebihnya ruang untuk barang yang berlambak-lambak. Yang jadi cerita dengan troli berkereta ini bukannya ketika membeli. Waktu hendak balik, dia pula melebih-lebih sampai menangis-nangis sebab ingat kereta itu dia yang punya. Walhal ditumpangkan sekejap sahaja, pinjam pun tidak. Jadi terpaksalah juga tarik dia keluar dari kereta mainan itu walaupun menangis-nangis. Selepas insiden ini, asalkan keluar beli barang, tidak kiralah banyak atau sikit barang dibeli, memang troli besi sahajalah yang kami pilih.


No comments: