Kredit kepada: Yahoo Sports
Gambar ihsan: Google Images, Fightstate, The Westsidestory
Gambar ihsan: Google Images, Fightstate, The Westsidestory
Assalamualaikum.....
Tengah hamil pun boleh ke?? Kalau ikutkan keadaan, sebenarnya ia adalah satu tindakan yang sangat berisiko. Wanita Malaysia - adakah anda seberani ini?!
Kinberly
Novaes menyedari ada sesuatu yang tidak kena kerana berat badannya naik
2.2 paun kurang dari seminggu, dalam pada itu juga berdepan dengan
perlawanan besar dalam kariernya sebagai pejuang MMA. Novaes, seorang
pejuang MMA dari Brazil yang menandatangani promosi RFA bulan lalu bakal
berentap di gelanggang minggu akan datang di South Dakota.
Buat
sementara, dia berasa kurang sihat dan dengan berat yang meningkat
dalam masa terdekat, pejuang MMa berusia 24 tahun ini kemudian berjumpa
doktor dan mendapati dirinya hamil 24 minggu! Walaupun sedikit
membimbangkan kerana perlawanan sebelum ini berlangsung ketika
kandungannya berusia 12 minggu. Perlawanannya ketika itu dengan Renata
Baldan selama 15 minit dimenangi secara sebulat suara oleh juri.
Bersyukur juga kerana dia menang tanpa sebarang kecederaan dan bayi
lelakinya tidak apa-apa.
"Saya sudah buat ujian ultra bunyi minggu lalu dan doktor kata kandungan saya berusia 24 minggu, dan bayi saya sihat dan kuat," katanya kepada MMAFighting.com.
"Saya bimbang sebab saya berlatih dengan kuat, berlawan dan kurang berat badan. Saya sakit untuk dapatkan berat badan daripada perlawanan terakhir, tidak hidrat dengan baik dan terus berlatih untuk perlawanan seterusnya tetapi doktor kata semuanya baik sahaja.
Saya agak degil, tidak suka pergi jumpa doktor. Saya kurang sihat untuk sementara, kembung, sakit kepala dan kekejangan. Saya juga penat sehingga tidak dapat berlari, jadi sukar untuk kurangkan berat.
Akhirnya saya putuskan untuk ke hospital dan doktor terus tanya kalau saya hamil. Saya kata tidak, saya ada masalah usus dan dia terus buat ujian darah. Sejam kemudian, doktor beritahu saya hamil. Saya terus menangis dan lari keluar hospital, tetapi saya sedar itu perkara yang baik. Saya sangka saya sakit, sebaliknya saya hamil." katanya.
Menurut promoter Noxii, Bruno Barros, promosi tidak diselaras oleh Brazilian MMA Athletic Commission (CABMMA),maknanya pemeriksaan kesihatan sebelum perlawanan sejelasnya tidaklah teliti seperti yang seharusnya.
No comments:
Post a Comment