MY FOLLOWERS

Wednesday, August 19, 2015

Artikel - Giliran Dia Pula DIPECAT!

Kredit kepada: Yahoo
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....

YOU'RE FIRED! HAHAHAHA!



Selalunya kalau sudah capai keputusan siapa yang berhak teruskan permainan ini, yang tidak lagi layak mesti akan kena penangannya di hujung episod itu dan pastinya yang lain yang duduk semeja dalam bilik mesyuarat itu mesti akan diam bila dengar dia tuding jari ke arah orang itu dan sebut - YOU'RE FIRED!


Pengerusi bahagian hiburan NBC, Bob Greenblatt, memutuskan Donald Trump yang bakal mengundi untuk jawatan di parti Republican, tidak akan lagi menjadi hos rancangan "The Celebrity Apprentice". Greenblatt juga berkata rancangan ini tidak akan bersiaran untuk musim seterusnya dan akan kembali di masa akan datang dengan hos yang baru. Greenblatt menyatakan sebelum ini dia gembira dapat bekerjasama dengan Trump ketika rancangan itu masih bersiaran. Dia menyifatkan Trump sebagai seorang yang hebat dan tiada permselisihan antara mereka. Sebelum itu, pada 2005, Martha Stewart pernah mengendalikan rancangan "The Celebrity Apprentice" untuk satu musim.

NBC memutuskan hubungan dengan Trump susulan komennya yang kritikal mengenai imigran Mexico dan NBC membatalkan siaran pertandingan Miss USA dan Univision juga memutuskan untuk tidak menyiarkannya.

Mengenai calon parti Republican, Greenblatt berkata ramai yang berminat untuk mengisi jawatan presiden parti itu dan pemilihan turut dibuka kepada calon wanita.

Leeza Gibbons diumumkan sebagai pemenang untuk musim ke-7 "The Celebrity Apprentice".  




Biar pucat, jangan kena pecat:  SINI  | 




No comments: