Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
SPRM dalam satu kenyataannya berkata siasatan pihak mereka mendapati wang RM2.6 bilion yang ada dalam akaun PM itu datangnya daripada penderma dan bukan daripada yayasan 1MDB. Persoalannya ialah yang menderma itu seorang atau sekumpulan? Siapakah yang begitu bermurah hati menderma sebanyak itu untuk masuk ke dalam satu akaun orang perseorangan dan bukan ke dalam akaun badan-badan NGO atau seumpamanya? Pihaknya juga menekankan ia tidak terlibat dalam sebarang konspirasi untuk menggulingkan kerajaan. Siasatan ketika itu bertumpu pada dua isu iaitu yang berkaitan dengan SRC International dan RM2.6 bilion itu. Polis siasat 1MDB manakala Bank Negara siasat kaedah kewangan dan prosedur. Namun hasilnya tidak pula mendedahkan siapakah orang atau kumpulan yang menderma itu.
Bagaimana pula dengan wang RM4 bilion ini? Tidak adakah sesiapa mahu kecohkan jumlah sebanyak ini sebab lebih banyak daripada yang masuk ke akaun PM? Siasatan ke atas SRC International membabitkan jumlah wang RM4 bilion masih lagi berjalan ketika itu. Pihak SPRM turut menjelaskan mereka memberi jaminan bahawa siasatan mereka akan dilakukan secara bebas, profesional dan telus. Mereka turut berharap diberikan ruang untuk meneruskan siasatan dan tidak akan membiarkan mana-mana pihak cuba mempengaruhi atau mengganggu siasatan. Orang awam tidak seharusnya membuat spekulasi ke atas isu ini sehingga siasatan mereka selesai.
Untuk rakyat, jumlah sebanyak ini kalau digabungkan menjadi RM6.6 bilion semestinya banyak jugalah yang boleh dibuat dengannya. Antaranya yang paling diharapkan rakyat ialah terus memberikan subsidi petrol dan diesel dan menurunkan harga sedia ada kepada paras lebih rendah, tambah baik kemudahan untuk rakyat dan sebarang usaha untuk meringankan beban kewangan rakyat dan bukan digunakan untuk sebarang projek yang membazir.
Pengguna di laman sosial juga sudah ada yang memberikan maklumbalas yang sinis dan sarkastik mengenai isu duit derma sebanyak RM2.6 bilion ini. Ada juga yang meminta sebahagiannya didermakan untuk yuran universiti pelajar dan memansuhkan GST dan ada juga yang bertanya apa rahsia PM untuk buatkan orang menderma sebanyak itu ke dalam akaunnya. Ada juga yang minta wang itu didermakan bagi membayar hutang PTPTN.
Pengguna laman sosial memberi reaksi tersebut selepas pengumuman SPRM yang menyatakan wang sebanyak RM2.6 bilion itu adalah daripada penderma. Dakwaan mengenai wang tersebut masuk ke akaun PM muncul dalam laporan buat kali pertama oleh The Wall Street Journal (WSJ) menyatakan ia adalah daripada para penyiasat dari negara ini.
Sumber derma ikhlas banyak-banyak: SINI | SINI |

No comments:
Post a Comment