Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Satu foto yang diterbitkan oleh NASA mendedahkan ada bintik gelap misteri pada permukaan Pluto. Foto terbaru dari NASA ini mendedahkan siri bintik hitam misteri pada permukaannya, diambil menggunakan prob terbaru NASA iaitu New Horizons memperlihatkan 4 bulatan hitam dalam satu kelompok berdekatan, merentasi kawasan ekuatornya dengan setiap satunya dengan diameter sekitar 300 batu. Sehingga kini, saintis masih buntu dengan apa yang dipaparkan.
"Setakat ini kami belum tahu apa bintik hitam itu, kami tidak sabar untuk mengetahuinya," kata penyiasatnya Alan Stern dari Southwest Research Institute.
"Adalah membingungkan juga dengan perbezaan warna yang dramatik dan agak lama dan penampilan Pluto berbanding bulannya Charon yang lebih gelap dan kelabu."
Foto dihasilkan dengan menggabungkan imej hitam dan putih planet itu dengan bulannya, Charon, dengan data warna resolusi rendah yang diperolehi daripada prob berkenaan bagi menunjukkan bagaimana rupanya pada pandangan manusia. NASA berharap dapat mempelajari lebih lanjut tentang bintik hitam berkenaan apabila prob berkenaan bergerak semakin hampir dengan planet Pluto. Prob New Horizons terbang hampir dengan Pluto pada 14 Julai buat pertama kali apabila ia dapat mengambil foto dan mendapatkan ukuran terperinci planet berkenaan. Walaubagaimanapun, ketika itu, bintik hitam tersebut akan berada pada sebelah lain planet itu, maka pihak NASA belum lagi dapat mengumpul sebarang data berkenaan bintik hitam misteri itu.
Jauh dan penuh misteri: SINI |
Jauh dan penuh misteri: SINI |
No comments:
Post a Comment