MY FOLLOWERS

Monday, August 31, 2015

Artikel - Bukan Wanita Sahaja Yang Jadi Fitnah Kepada Lelaki... Sebaliknya Pun Ada Juga...

Kredit kepada: My Ibrah
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....




Seringkali kita dengar pasal fitnah perempuan terhadap lelaki. Fitnah perempuan yang kita nampak, memang dari banyak sudut. Lirik senyumnya, matanya, auratnya, potongan badannya, wangi-wangian, dan macam-macam lagi yang tak larat nak ditulis dekat sini.

Mungkin disebabkan terlalu fokus terhadap fitnah wanita terhadap lelaki, kita terlepas pandang pasal fitnah lelaki terhadap wanita. Ya, benar fitnah wanita terhadap lelaki itu kita nampak lebih dominan, menonjol dan tertonjol. Itu tidak dapat nafikan.

Tapi, disebabkan terlalu fokus pasal wanita, kita lupa pasal lelaki. Al-Quran dan Hadis sememangnya menekankan tentang fitnah wanita, tetapi al-Quran dan Hadis tidak melupakan pasal fitnah lelaki terhadap wanita!

Sebagai contoh para muslimin mengambil gambar dan memuatnaik gambar-gambar yang bermacam-macam pose di Facebook.


Apa tujuan semua itu?

Mungkinkah untuk menggalakkan seseorang muslimin itu menyimpan janggut, memakai serban atau kopiah? Perkara itu amatlah jarang berlaku, sebaliknya menimbulkan fitnah terhadap wanita. Ada juga golongan yang warak memuatnaik gambar dalam Facebook.

Sudahlah perwatakannya warak, kacak pula. Lalu ramailah pulak golongan muslimah “like” gambarnya. Bukan saja “like”, malah apa yang kita dapat lihat, ramai pulak muslimah yang ‘tersangkut’ dek mata kail fitnah lelaki warak itu. Kononnya memuatnaik untuk menggalakkan orang lain untuk meniru cara Nabi SAW, padahal tindakannya itu membawa fitnah kepada muslimah!

Kalau pun memuat naik gambar itu atas sebab suka-suka, maka tidak perlulah letakkan gambar yang besar-besar dan bermacam-macam posisi sampai membuatkan muslimah lain tersangkut di mata kail itu. Cukuplah sekadar gambar biasa-biasa saja. Tapi, apa yang berlaku banyak pula para muslimah tersangkut.

Bermacam-macam pujian diberikan. ‘Cutenyaaa, muka awak nampak alim, kacaknya, hensemnya…’ dan lain-lain. Ada juga pujian fitnah yang ‘berbentuk islamik’ ya? Contohnya ‘indahnya ciptaan Allah, hensemnya ciptaan Allah ni…’ dan macam-macam lagilah!

Jadi, jangan fikir hanya wanita sahaja boleh jadi sebab fitnah pada lelaki. Lelaki pun boleh bawa fitnah kepada wanita juga. Ini adalah kerana kaum wanita juga dikurniakan gharizatul nau’ (naluri berkasih-sayang/seksual). Mereka juga boleh terangsang dengan gambar-gambar kaum Adam. Oleh itu, berpada-padalah dalam bergambar dan memuatnaik gambar kat Facebook dan laman sosial lain. Kita asyik fokus pada fitnah wanita, dalam masa yang sama kita terlupa pasal fitnah lelaki terhadap wanita.

Sumber: Facebook Ustaz Nasir



Sumber rujukan: SINI  |  




No comments: